Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bertemu askar SAF berlatih di Brunei

Jul 16, 2022 | 03:32 PM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah bertemu dengan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di kemudahan latihan di Temburong, Brunei, semalam (15 Julai) sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga harinya ke negara itu.

Perjalanan Encik Lee dari ibu kota Bandar Seri Begawan ke Temburong – daerah paling timur di Brunei.

Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini (16 Julai) berkata bahawa Encik Lee telah ditemani Ketua Tentera SAF, Mejar-Jeneral (MG) David Neo, dan beliau berinteraksi dengan para pelatih tentera.

Kementerian itu mengesahkan hubungan ketenteraan yang kukuh dan berpanjangan antara Singapura dengan Brunei, dan berkata latihan SAF di Brunei dirancang akan disambung secara berperingkat ke peringkat pra-Covid-19 mulai bulan depan.

Tambahan kepada latihan hutan yang dijalankan SAF di Brunei, SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF) berinteraksi menerusi latihan dua hala yang kerap dijalankan, pertukaran profesional, lawatan dan kursus yang dihadiri antara satu sama lain, kata Mindef.

“Pertukaran ini telah mempertingkat profesionalisme serta mengukuhkan hubungan antara kededua angkatan bersenjata,” tambahnya.

Dalam catatannya hari ini (16 Julai)  Encik Lee, yang merupakan mantan brigadier-jeneral di SAF, berkata beliau telah bertemu dengan anggota perkhidmatan negara (NS) serta askar sepenuh masa di Temburong.

“Saya gembira kerana moral tinggi dan mereka sedang menantikan penyambungan semula latihan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >