Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG AKHBAR PERDANA MENTERI

PM Lee akan serah jawatan jika Lawrence Wong sudah sedia

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyerahkan jawatan kepada Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, apabila bakal penggantinya itu bersedia.



Peralihan kepimpinan itu kata Encik Lee, akan mengambil kira tarikh pilihan raya umum (GE) selanjutnya, yang perlu diadakan menjelang November 2025.



"Saya akan berbincang dengan Lawrence dan menyusuli itu, kami akan memutuskan strategi terbaik bagi kami untuk menandingi pilihan raya umum seterusnya.



"Ini sama ada saya akan menyerahkan (kuasa) kepada beliau terlebih dahulu supaya beliau boleh memperkukuh kedudukan dan mengetuai (Parti Tindakan Rakyat) bagi pilihan raya selanjutnya... atau saya akan menyertai pilihan raya umum itu, memimpin PAP bertanding... dan jika kami menang, menyusuli itu Lawrence akan mengambil alih (kuasa) dan pasukan 4G (generasi keempat) bergerak ke hadapan," kata Encik Lee.



"Ini semua bergantung pada bagaimana keadaan berubah... dan kami akan putuskan nanti."



"Namun tidak kira pilihan mana yang dituruti, rancangan kami adalah supaya Lawrence menjadi Perdana Menteri jika PAP memenangi GE selanjutnya.



"Perkara ini telah diputuskan... dan reaksi awam dalam tempoh dua hari ini menunjukkan, saya jangka, ramai orang senang hati kami telah mengambil keputusan itu dan menerima baik keputusan itu," kata Encik Lee lagi, dan menambah, pasukan yang akan dihantar bertanding di pilihan raya selanjutnya adalah pasukan 4G dan akan berkuasa sekiranya menang, selepas pilihan raya itu.



Encik Lee berkata demikian semalam, dalam sidang media yang diadakan bagi memberi butiran mengenai pemilihan Encik Wong sebagai ketua pasukan 4G PAP.



Dalam kenyataannya Khamis lalu, Encik Lee, yang juga Setiausaha Agung PAP, mengumumkan langkah yang membuka laluan bagi Encik Wong menjadi perdana menteri Singapura ke-4.



Kenyataan itu berkata, Kabinet telah memberi pengesahan ke atas keputusan memilih Encik Wong sebagai ketua pasukan 4G.



Keputusan itu juga disokong semua Anggota Parlimen (AP) parti pemerintah menerusi kokus yang dijalankan.



Di sidang media semalam, bekas menteri yang juga mantan pengerusi PAP, Encik Khaw Boon Wan, yang ditugaskan Encik Lee untuk memantau proses mencari ketua pasukan 4G berkata, 15 daripada 19 pihak berkepentingan dalam kalangan menteri kabinet, Speaker Parlimen dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), telah menamakan Encik Wong sebagai ketua yang dipilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >