WISMA Geylang Serai telah mengadakan pesta kanak-kanak pertamanya semalam menjelang pembukaan rasmi pada Januari hadapan.
Pesta itu, yang diberi nama KidsFezz 2018, turut menampilkan dua acara keibubapaan yang bertujuan membimbing ibu bapa menguruskan 'ketagihan' anak-anak kepada barangan elektronik seperti tablet dan telefon bijak.