Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pertubuhan masyarakat main peranan penting perkukuh sokongan kesihatan mental warga

Anggota masyarakat boleh manfaat pelbagai program kesihatan mental sedia ada di peringkat nasional
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



BADAN-BADAN Melayu/Islam mempunyai peranan penting dalam memperkukuh sokongan kesihatan mental anggota masyarakat, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam pada itu, anggota masyarakat juga boleh memanfaatkan pelbagai program kesihatan mental yang disediakan di peringkat nasional bagi semua warga Singapura, tambahnya.



Encik Masagos memberikan respons bertulisnya bagi menjawab pertanyaan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) berkaitan usaha untuk menangani masalah kesihatan mental dan kes bunuh diri dalam masyarakat Melayu/Islam.



"Pemerintah mengambil pendekatan menyeluruh dan dari pelbagai sudut terhadap menyokong kesihatan mental dan mencegah kejadian bunuh diri.



"Strategi utama adalah untuk membina daya tahan mental, menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantuan dan pengesanan awal, menyokong kumpulan berisiko dan memberikan sokongan dalam krisis.



"Pertubuhan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh sokongan kesihatan mental untuk masyarakat," katanya yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Encik Masagos memberikan contoh SYM Academy yang ditubuhkan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) untuk memberikan sokongan kesihatan mental kepada wanita Melayu Singapura.



"Badan Melayu Islam berbeza juga telah bekerjasama pada 2020 untuk membentuk Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu untuk menyediakan rangka kerja daya tahan psikososial dan bahan-bahan maklumat elektronik bagi membantu individu dan keluarga dalam menghadapi tekanan dan cabaran semasa pandemik ini," ujar Encik Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan.



Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan (MOE) akan mempertingkat pendidikan kesihatan mental melalui kurikulum dan program kesejahteraan dan daya tahan mental di sekolah dalam usaha menangani isu kesihatan dalam kalangan kanak-kanak dan belia.



Rakan kongsi masyarakat seperti Club HEAL, yang menawarkan sokongan kaunseling profesional, akan bekerjasama dengan program nasional untuk membantu memastikan kesejahteraan pelajar madrasah, tambah Encik Masagos.



Semua guru dan kakitangan akademik dilatih untuk mengenal pasti pelajar yang mengalami tekanan dan memberikan sokongan yang sewajarnya.



Encik Masagos menambah bahawa semua sekolah termasuk madrasah boleh memanfaatkan struktur sokongan rakan yang akan ditubuhkan pada 2022.



Individu yang mengalami masalah mental juga mampu memanfaatkan khidmat kesihatan mental di poliklinik dan klinik GP yang terlibat atau meminta bantuan melalui talian 24 jam kendalian Institut Kesihatan Mental (IMH) dan Samaritans of Singapore (SOS), yang juga menyediakan khidmat teks sebagai wadah alternatif.



Menurut Encik Masagos, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) juga telah bekerjasama dengan Agensi Khidmat Sosial untuk membantu individu yang mempunyai risiko menghadapi masalah kesihatan mental dengan memberikan mereka maklumat relevan dan sokongan emosi asas serta merujuk mereka kepada sumber masyarakat dan bantuan sosial jika diperlukan.



Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) juga menganjurkan pameran bergerak kesihatan mental dan bengkel untuk memberikan panduan berserta teknik bagi pengurusan tekanan kepada pekerja.



Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) turut bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menangani isu stigma dan menggalakkan sikap terbuka untuk mendapatkan bantuan melalui kempen 'Beyond the Label'.




PERINGKAT PEMERINTAH



"Pemerintah mengambil pendekatan menyeluruh dan dari pelbagai sudut terhadap menyokong kesihatan mental dan mencegah kejadian bunuh diri.

Strategi utama adalah untuk membina daya tahan mental, menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantuan dan pengesanan awal, menyokong kumpulan berisiko dan memberikan sokongan dalam krisis."



PERINGKAT PERTUBUHAN MASYARAKAT



"Pertubuhan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh sokongan kesihatan mental untuk masyarakat.

Badan Melayu Islam berbeza juga telah bekerjasama pada 2020 untuk membentuk Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu untuk menyediakan rangka kerja daya tahan psikososial dan bahan-bahan maklumat elektronik bagi membantu individu dan keluarga dalam menghadapi tekanan dan cabaran semasa pandemik ini."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Kedua Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >