Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perancangan AKHIR HAYAT

'Penjagaan paliatif sebenarnya jadikan sisa waktu lebih bermakna'

Oct 25, 2022 | 07:09 AM



SATU tanggapan yang salah mengenai penjagaan paliatif adalah jika pesakit memilih untuk menerima penjagaan itu, ia bermakna mereka berputus asa terhadap kehidupan, kata pekerja sosial perubatan dari Hospital Masyarakat SingHealth, Cik Sandy Koh.



"Namun, pesakit dan penjaga selalu berkongsi dengan kami bahawa penjagaan paliatif sebenarnya menggalakkan mereka untuk merenung tentang kehidupan dan menjadikan sisa waktu itu sesuatu yang lebih bermakna.



"Penjagaan paliatif memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan pesakit dapat hidup dengan sebaiknya setiap hari, menerusi pengurusan kesakitan dan simtom, serta mendekati pesakit dan orang tersayang mereka untuk membincangkan apa yang penting bagi mereka," ujar Cik Koh.



Apabila mendengar tentang penjagaan paliatif, ramai pesakit dan anggota keluarga prihatin ini bermakna pesakit itu tidak akan menerima apa-apa rawatan lagi.



Sebaliknya, Cik Koh berkata pasukan di wad paliatif hospital itu memantau kesakitan dan simtom lain yang dialami pesakit. Sesi pemulihan juga ditawarkan setiap hari.



"Ada anggota keluarga juga prihatin penjagaan paliatif itu melibatkan topik mengenai kematian, yang mungkin mematahkan semangat pesakit untuk cuba pulih.



"Oleh itu, mereka selalunya keberatan untuk membincangkan secara terbuka tentang matlamat penjagaan bersama orang tersayang apabila pasukan penjagaan kami menimbulkan topik ini.



"Pesakit juga biasanya tahu keadaan kesihatan mereka tetapi tidak mahu mengongsi pemikiran mereka dan keprihatinan mereka dengan orang tersayang agar mereka tidak menjadi beban secara fizikal dan emosi," ujarnya.



Di Hospital Masyarakat SingHealth, pesakit diberikan kad khusus yang dinamakan 'Tentang Saya' (About Me), di mana doktor akan bertanyakan soalan mengenai pesakit itu untuk memahami mereka dengan lebih baik.



Anggota pasukan penjagaan lain yang membaca kad itu pula boleh mendapat tahu tentang pesakit itu, selain penyakit yang dihadapinya.



Mengenai pesakit dan penjaga Melayu pula, Cik Koh berkata ramai yang mahu orang tersayang berada di sisi mereka.



"Semangat kebersamaan yang kukuh bermakna ramai pesakit Melayu dan penjaga mereka meminta agar lebih ramai anggota keluarga dibenarkan untuk berada di sisi katil pesakit itu," ujar Cik Koh.



Penting bagi golongan penjaga untuk memahami tujuan penjagaan paliatif agar mereka boleh memainkan peranan untuk menjaga pesakit itu, kata Cik Koh lagi.



Mengongsi tip mengenai penjagaan paliatif, beliau berkata komunikasi paling penting.



"Menjaga pesakit paliatif boleh memberi banyak tekanan. Cuba untuk lebih berkongsi dan berkomunikasi, pesakit dan anggota keluarga akan berasa lebih senang jika mereka mendapat maklumat secukupnya.



"Penting juga untuk membincangkan secara terbuka dan jujur," ujar Cik Koh.



Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk berkongsi secara kerap bersama orang tersayang tentang hal-hal penting berkenaan perancangan akhir hayat.



Portal My Legacy (mylegacy.life.gov.sg) menawarkan panduan menyeluruh termasuk dari segi persiapan dokumen dan kewangan seperti wasiat, nominasi CPF dan Surat Kuasa Berkekalan (LPA).



Selain itu, Cik Koh mendorong pesakit dan keluarga untuk terus mengukir kenangan bersama.



"Galakkan pesakit untuk mengongsi matlamat mereka dan bekerjasama ke arahnya jika boleh. Atau imbau kembali detik-detik lucu untuk membantu anda dan orang tersayang untuk menghargai dan menikmati masa bersama.



"Akhirnya, ambil masa untuk diri anda bagi memastikan anda bertenaga untuk terus menjaga orang tersayang.



"Dapatkan bantuan daripada pasukan penjagaan, anggota keluarga yang lain atau teman-teman agar anda tidak rasa bersendirian," ujar Cik Koh.




TIP PENJAGAAN PALIATIF



Pekerja sosial perubatan di Hospital Masyarakat SingHealth, Cik Sandy Koh, mengongsi beberapa tip bagi penjaga pesakit paliatif:



- Komunikasi paling penting. Pesakit dan anggota keluarga akan berasa lebih senang jika mereka mendapat maklumat secukupnya. Bincangkan secara terbuka dan jujur.



- Kerap berkongsi bersama orang tersayang tentang hal-hal penting berkenaan perancangan akhir hayat. Portal My Legacy (mylegacy.life.gov.sg) menawarkan panduan menyeluruh termasuk dari segi persiapan dokumen dan kewangan seperti wasiat, nominasi CPF dan Surat Kuasa Berkekalan (LPA).



- Keluarga dan pesakit boleh terus mengukir kenangan bersama. Imbau kembali detik-detik lucu untuk menghargai dan menikmati masa bersama.



- Ambil masa untuk diri sendiri bagi memastikan anda bertenaga untuk terus menjaga orang tersayang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >