Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima 'Pedang Merit' dukung ketelitian, disiplin sewaktu latihan

Jun 12, 2022 | 07:17 PM



KETELITIAN dan disiplin adalah dua perkara yang amat dititikberatkan Leftenan (LT) Nurul Khairiah Azhar ketika menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).



Hasilnya, selepas 38 minggu, beliau, satu-satunya wanita dalam vokasi logistik dalam kohort ini, bukan sahaja selesai mengikuti latihan, bahkan muncul sebagai pegawai terbaik dalam latihan fizikal, dan juga dianugerahkan Pedang Merit - yang diberi kepada 10 peratus pelatih terbaik di OCS.



Semalam, LT Nurul antara 417 kadet pelatih daripada divisyen tentera darat, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang berjaya menamatkan latihan dan diberi pentauliahan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Ini kali pertama perbarisan tamat latihan penuh dijalankan di OCS sejak pandemik Covid-19 melanda.



Perbarisan di Institut Ketenteraan Safti itu dihadiri Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, selaku Pegawai Pemeriksa.



Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata sedang Singapura beralih ke arah daya tahan Covid-19, negara ini menghadapi ketidaktentuan geopolitik yang disebabkan oleh konflik Russia-Ukraine.



"Konflik itu juga telah menunjukkan kepada kita bahawa ancaman digital terus berkembang dalam skala dan kecanggihan. Saya yakin SAF akan terus bangkit untuk menghadapi cabaran baru. SAF yang kukuh dan berwibawa adalah penjamin tunggal untuk kedaulatan, keamanan dan keselamatan kita," katanya.



LT Nurul, 26 tahun, yang menyertai SAF sebagai pegawai tetap April tahun lalu setelah tamat pengajian peringkat ijazah sarjananya, berkata beliau berbesar hati dan bersyukur diberikan anugerah Pedang Merit dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta jurulatihnya di atas sokongan dan dorongan mereka.



"Saya juga gembira kerana ia mengesahkan usaha yang saya lakukan dan curahkan ke dalam kursus ini dan ia mendorong saya untuk menjadi versi diri saya yang lebih baik dan berusaha ke arah kecemerlangan.



"Selain itu, sebagai satu-satunya wanita, saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain, terutamanya wanita, agar menyahut cabaran untuk mencapai impian mereka, tanpa mengira persekitaran atau industri," kata anak bongsu dua beradik itu yang telah bercita-cita untuk berkhidmat dalam SAF sejak kecil lagi.



Seorang lagi pelatih kadet yang tamat latihan semalam ialah anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Leftenan Kedua (2LT) Abdul Rahman Mohamad Hanaffiah, 21 tahun.



Beliau tidak sabar untuk menjalani separuh kedua perkhidmatan negaranya sebagai jurutera kombat di Kem Jurong.



"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan di sana. Saya telah menemui Pegawai Waran dan Pakar (WOSpec) di sana. Saya menghargai kerja sepasukan antara WoSpec dengan pegawai dan berharap kami dapat bekerjasama dengan baik," kata lulusan politeknik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >