Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS BH

Pendapatan pemandu teksi bertambah, jimat masa hasil guna teknologi

Pemandu kurang 'ronda-ronda' cari penumpang dengan bantuan aplikasi tempah teksi
Dec 10, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM ini, kira-kira selama 30 tahun, pemandu teksi Jaafar Mohd Said bergantung pada orang yang menahan teksinya dari tepi jalan untuk mendapatkan penumpang.



Sepanjang tempoh itu, beliau menghabiskan masa kira-kira 12 jam dalam dua syif sehari bagi mendapatkan penumpang, dengan "meronda-ronda" di jalan raya.



Sekarang, dengan platform tempahan digital yang digunakannya, Encik Jaafar, 73 tahun, menghabiskan masa sekitar enam jam dalam satu syif sahaja untuk mendapatkan penumpang.



Masa memandu beliau sekarang bukan sahaja kerana "usia lanjut" atau beliau ada tugas dan tanggungjawab keluarga seperti menghantar dan mengambil anak atau cucu dari sekolah atau isteri ke pasar.



Atau tanggungan beliau kini kurang kerana anak-anak sudah besar.



"Tapi sebab lebih penting ialah sekarang dah ada platform digital syarikat teksi dan Grab bagi penumpang menempah perkhidmatan teksi.



"Jadi saya gabungkan cara itu dengan kaedah mendapatkan penumpang yang menahan teksi saya dari tepi jalan," ujar bapa empat anak dan datuk 10 cucu itu.



Meskipun masih mengharapkan penumpang yang melambai untuk menaiki teksinya, Encik Jaafar berkata bahawa penggunaan platform digital - tempahan teksi yang dibuat penumpang menerusi aplikasi - lebih berhasil.



Ini kerana tempoh menunggu untuk dapatkan penumpang berkurangan, katanya.



"Saya masih mendapatkan penumpang di perhentian teksi seperti di stesen MRT, hotel, dan pusat beli-belah," kata Encik Jaafar, yang menganggarkan sekitar 20 peratus penumpangnya adalah mereka yang menahan teksinya dari tepi jalan atau di perhentian teksi.



"Tapi apabila digabungkan dengan platform digital, memang lebih pantas dapat penumpang," tambah beliau, yang memandu enam hari seminggu.



Menurut Encik Jaafar, beliau meraih sekitar $60 hingga $80 sehari selepas membayar sewa teksi dan perbelanjaan minyak.



Jumlah itu dianggapnya lebih rendah daripada semasa beliau muda dan berupaya memandu lebih lama, selain kadar sewa dan harga minyak lebih rendah waktu itu.



Seorang bekas pemandu teksi, Encik Mohamad Sahat, 76 tahun, pula berkata beliau tidak menggunakan sebarang aplikasi tempahan melainkan mesin tempahan syarikat teksi Comfort Delgro yang dipandunya sepanjang 32 tahun memandu sebelum bersara Oktober lalu.



Encik Mohamad berkata beliau tidak mahu "memeningkan kepala" menggunakan banyak aplikasi.



"Saya lebih bergantung pada penumpang yang melambai untuk naik teksi saya.



"Kadang-kadang saya juga menerima tempahan menerusi platform tempahan syarikat teksi saya.



"Alhamdullilah saya tiada masalah mendapatkan penumpang sepanjang 30 tahun bawa teksi," ujar bapa empat anak dan datuk 12 cucu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >