Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S'pura beri penghormatan

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



PARA pemimpin Singapura menyifatkan sumbangan besar Allahyarham Ustaz Ali Mohamed sepanjang hayatnya menjadi bukti jasa beliau yang tidak ternilai.



Melahirkan rasa hibanya, Presiden Halimah Yacob berkata melalui Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di mana Allahyarham Ustaz Ali pernah berkhidmat sebagai pengerusi bersama, telah menyatukan masyarakat untuk menentang penyelewengan tentang Islam.



"Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan RRG, di mana beliau menyatukan masyarakat untuk menentang penyelewengan tentang Islam.



"Beliau bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan ramai asatizah untuk menyokong usaha memulihkan mereka yang telah memilih jalan yang salah dan untuk mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat," kata Puan Halimah.



Sebagai pengerusi Masjid Khadijah, Allahyarham menganjurkan sikap bertolak ansur dan persefahaman masyarakat antara agama.



Puan Halimah menambah:



"(Allahyarham Ustaz Ali) sentiasa murah hati dalam meluangkan masa untuk berkhidmat kepada masyarakat yang disayanginya dan terus menghadiri majlis walaupun sudah agak uzur."



Puan Halimah berkongsi bahawa beliau telah menemui Allahyarham di pelbagai majlis anugerah semasa hayatnya.



Ini termasuk Anugerah Muis pada 2017 dan Anugerah Hari Kebangsaan pada 2018, di mana beliau telah dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang.



"Usaha beliau telah memberi kesan signifikan kepada kehidupan keagamaan masyarakat Muslim dan kepada Singapura, yang sendirinya merupakan masyarakat rencam," kata Puan Halimah.



Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah memberikan surat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ali yang ditujukan kepada anaknya, Ustaz Dr Mohamed Ali.



Dalam surat sepanjang dua muka surat tersebut, Encik Lee berkata Allahyarham telah melalui kehidupan yang panjang dan bermakna.



"Beliau merupakan pemimpin berwawasan yang telah mendedikasikan kehidupannya kepada kebaikan yang lebih besar bagi masyarakat dan negara.



"Beliau merupakan tunjang utama masyarakat Melayu/Islam dan telah memainkan peranan penting dalam membina masyarakat berbilang kaum dan agama yang kohesif di Singapura," tulis Encik Lee.



Encik Lee menambah bahawa sepanjang bertahun-tahun pengenalannya dengan Allahyarham, beliau telah meraih banyak manfaat daripada pemahaman Allahyarham terhadap masyarakat Melayu/Islam, selain nasihatnya yang "bertimbang rasa, menyokong dan jujur".



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pula mengenang Allahyarham sebagai insan yang telah menabur bakti kepada masyarakat Melayu/Islam dan Singapura dengan penuh dedikasi.



"Laluan kerja-kerja sukarela yang ditempuhi sangat pelbagai dan mencabar. Ini termasuk usaha pemulihan para individu yang terpesong dengan ideologi radikal atau kancah dadah.



"Allahyarham juga membuat sumbangan besar dalam Jawatankuasa Fatwa Muis, yang menggubal fatwa-fatwa sesuai dengan konteks masyarakat majmuk Singapura.



"Beliau juga telah mempengerusikan Lembaga Pengiktirafan Asatizah yang memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan menaik taraf profesionalisme sektor asatizah.



"Sumbangan Allahyarham mencerminkan peranan besar beliau dalam menyemai semangat kewarganegaraan di Singapura menjangkau masyarakat Melayu/Islam," kata Encik Masagos.




"Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan RRG, di mana beliau menyatukan masyarakat untuk menentang penyelewengan tentang Islam. Beliau bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan ramai assatizah untuk menyokong usaha memulihkan mereka yang telah memilih jalan yang salah dan untuk mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat. Beliau melihat ini sebagai misi penting yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Islam untuk melindungi akidah kita."
- Presiden Halimah Yacob.



“Beliau merupakan pemimpin berwawasan yang telah mendedikasikan kehidupannya kepada kebaikan yang lebih besar bagi masyarakat dan negara. Beliau merupakan tunjang utama masyarakat Melayu/Islam dan telah memainkan peranan penting dalam membina masyarakat berbilang kaum dan agama yang kohesif di Singapura.”
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



“Allahyarham juga membuat sumbangan besar dalam Jawatankuasa Fatwa, yang menggubal fatwa-fatwa sesuai dengan konteks masyarakat majmuk Singapura. Beliau juga telah mempengerusikan Lembaga Pengiktirafan Asatizah yang memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan menaik taraf profesionalisme sektor asatizah.”
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



“Beliau telah banyak berkhidmat kepada masyarakat selain memberi kepimpinan keagamaan. Saya mengenali beliau lama ketika beliau memimpin Pergas dahulu. Saya sendiri dulu belajar agama dan Al-Quran dengan beliau. Beliau seorang yang memberi keazaman penuh dalam menjalankan tugasnya termasuk memimpin RRG. Beliau pun menerima pelbagai cabaran. Pemergiannya satu kehilangan besar bagi masyarakat Islam Singapura” 
- Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman.



“Saya menyaksikan beliau adalah pemimpin yang terbaik bagi masyarakat Melayu dan juga bagi masyarakat umum di Singapura. Lebih dari itu, satu kehilangan yang amat besar bagi kita dengan pemergian Almarhum, tiada pengganti.”
- Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >