Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik F&B akur mengapa hanya kumpulan 2 orang dibenar jamu selera

Pembukaan berhati-hati demi jaga keselamatan pengunjung yang makan, minum di dalam restoran, pusat makanan
Jun 20, 2021 | 05:30 AM



PEMILIK restoran rata-rata setuju dan memahami sebab mengapa pemerintah melancarkan langkah pengurusan selamat (SMM) yang membenarkan kumpulan hanya dua orang untuk menjamu selera di kedai makanan dan minuman (F&B) bermula esok.



Meskipun perniagaan mereka terjejas, mereka akui bahawa ini adalah langkah terbaik demi keselamatan orang ramai.



Bagi pemilik restoran La Fez, Encik Heikal Gani, beliau bersyukur, bahkan ghairah untuk menerima pelanggan di restoran setelah sekian lama.



La Fez menjangka sekitar 50 hingga 80 pelanggan akan ke restorannya mulai Selasa ini. Restoran itu ditutup setiap Isnin.



Menurutnya, kadar yang dijangkakan adalah berdasarkan sekitar 60 peratus daripada jumlah biasa yang mereka terima setiap hari sebelum ini.



"Restoran kami sering menjadi pilihan sambutan untuk meraikan acara.



"Kami gembira pelanggan dibenarkan duduk dan makan di restoran. Saya jangka terus menerima pelanggan yang meraikan acara di restoran kami tetapi pada had kumpulan yang dibenarkan," ujar Encik Heikal.



Beliau mengongsi bahawa restoran yang baru dibuka di East Coast Road itu pada awal tahun ini sebenarnya telah menerima lebih 70 tempahan untuk beberapa minggu akan datang.



Namun oleh kerana langkah-langkah pengurusan selamat yang diperketat, ramai yang terpaksa membuat perubahan pada rancangan itu.



Sebagai persiapan membuka semula restoran itu untuk menerima semula pelanggan, Encik Heikal berkata kakitangannya telah melakukan kerja penyelenggaraan termasuk membersihkan peralatan restoran, mencetak menu baru dan memastikan restoran itu bersih dan selesa untuk pelanggan.



Pemilik bersama Black Hole Group yang memiliki rangkaian kafe termasuk di kawasan Kampong Gelam, Encik Mustaffa Kamal, pula berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan untuk membenarkan kumpulan terdiri daripada dua orang serta langkah-langkah jarak selamat yang dikenakan bagi pelanggan yang mahu menjamu di premis restoran dan menganggapnya sebagai munasabah.



"Oleh kerana kami belum yakin akan keadaan dan tarikh pembukaan kesemua tempat makan, kami tidak membuka tempahan secara penuh," ujar Encik Mustaffa yang turut berkongsi bahawa pendapatan Black Hole Group terjejas sekitar 80 peratus daripada sasaran mereka sejauh ini.



Seperti Encik Heikel, Encik Mustaffa berkata bahawa selama Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), mereka telah menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk hidangan mereka.



"Kami mengaktifkan semula perkhidmatan penghantaran makanan The Black Hole Delivers dan melengkapkannya dengan pelbagai promosi. Untuk bertahan sejauh ini adalah petunjuk bahawa wadah ini telah berjaya," jelas Encik Mustaffa.



Tambah Encik Heikal, "Selain meningkatkan perkhidmatan penghantaran, kami juga menambah lebih aneka kepada menu restoran kami. Misalnya memperluas menu kek supaya orang ramai dapat membeli dan meraikan sambutan hari istimewa dengan selesa di rumah."



Mengulas mengenai peningkatan penguatkuasa oleh Kementerian Kemampanan dan Persekitaran (MSE), Encik Mustaffa menegaskan bahawa rangkaian restoran dan kafenya telah mengikuti garis panduan yang diberikan dengan teliti dari awal.



Melahirkan sentimen yang sama, Encik Heikal berkata pasukannya akan memantau kesihatan dan kesejahteraan kakitangan dengan lebih kerap, kebersihan restorannya dan juga memastikan prosedur dan SMM terhadap operasi serta pelanggan dilaksanakan.



Meluahkan harapannya, Encik Mustaffa berharap agar orang ramai terus mematuhi peraturan supaya keadaan bertambah pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >