Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ SOKONGAN COVID-19

Pemandu teksi, kereta sewa privet bakal dapat sokongan tambahan hingga hujung Sep

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU teksi dan kereta sewa privet akan mendapat sokongan kewangan tambahan sehingga penghujung September untuk membantu mengurangkan kesan sekatan Covid-19 terkini.



Penguasa pengangkutan Darat (LTA) semalam, berkata pemandu akan menerima bantuan tambahan $10 sehari bagi setiap kenderaan dari 22 Julai hingga 31 Ogos.



Bantuan ini akan diteruskan pada bulan seterusnya, tapi dikurangkan kepada $5 sehari.



Pemerintah akan membiayai langkah sokongan tambahan ini dengan menambah $40 juta kepada Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF) kata LTA.



Ini sebahagian pakej sokongan $1.1 bilion bagi pekerja dan syarikat yang terjejas akibat sekatan Covid-19 terkini, yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Pemandu teksi dan kereta sewa privet akan menerima bayaran masing-masing menerusi syarikat teksi dan khidmat sewa privet masing-masing. Mereka tidak perlu membuat sebarang permohonan.



Langkah sokangan terkini ini menggandakan bayaran yang diterima pemandu pada masa ini.



Di bawah langkah bantuan yang diumumkan Jun lalu, pemandu diberikan $10 sehari bagi setiap kenderaan, bagi tempoh 60 hari bermula bulan ini.



Dana ini dikurangkan kepada $5 sehari bagi setiap kenderaan pada September.



Dalam kenyataannya, LTA berkata sejumlah $482 juta telah diperuntuk untuk menyokong sektor teksi dan kereta sewa privet sejak Februari tahun lalu.



Memberi perincian lanjut mengenai langkah sokongan terkini ini, LTA berkata bilangan penumpang teksi dan kereta sewa privet dijangka berkurangan antara 22 Julai dengan 18 Ogos, dalam tempoh sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



LTA berkata, berdasarkan pengalaman dalam fasa sama antara 16 Mei dengan 13 Jun lalu, jumlah penumpang memerlukan masa yang lebih lanjut untuk bertambah, selepas langkah-langkah dilonggarkan.



"LTA akan bekerjasama dengan pengendali teksi dan kereta sewa privet untuk melaksanakan CDRF yang dipertingkat ini dalam tempoh dua minggu akan datang dan menyusuli itu, pengendali akan memberitahu pemandu mengenai butiran pengagihan," kata kenyataan LTA itu.



Menambah, LTA berkata pemandu yang sedang menjalani perintah kuarantin selepas berada dekat dengan individu yang dijangkiti Covid-19 akan terus menerima bantuan menerusi Skim Elaun Perintah Kuarantin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



LTA berkata pengendali, seperti Persatuan Teksi Nasional (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa-Privet Nasional (NPHVA) akan terus memberikan pakej bantuan masing-masing kepada pemandu yang terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >