Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai geran bantu pasangan muda beli flat pertama

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SEJAK mereka berumah tangga, Encik Muhammad Azhar Kamsari dan Cik Nurhayati Zulfikri tinggal bersama ibu bapa mereka.



Namun, dengan keluarga mereka yang berkembang dan anak yang semakin membesar, Encik Azhar, 36 tahun, memutuskan untuk berpindah ke rumah sendiri.



"Dengan rumah sendiri, kami dapat lebih berdikari dan mempunyai lebih ruang bagi anak-anak yang membesar," ujar pengurus logistik itu.



Pasangan yang mempunyai dua anak berusia empat dan 16 tahun itu berpindah ke flat mereka di Woodlands September lalu.



Mereka sebelum ini tinggal bersama ibu bapa Encik Azhar di Teban.



Menurut Encik Azhar, mereka juga bersyukur mendapat pelbagai geran bagi flat jualan semula empat bilik itu.



Secara keseluruhan, mereka mendapat geran perumahan berjumlah $115,000, termasuk Geran Keluarga sebanyak $50,000 dan Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sebanyak $45,000.



Dengan geran itu, kos flat itu adalah $221,000.



"Saya tak sangka boleh dapatkan flat empat bilik dengan harga ini.



"Dengan geran pemerintah ini, kami boleh dapatkan rumah idaman kami dan tidak perlu gunakan begitu banyak wang CPF kami.



"Wang yang kami dapat jimat itu boleh disimpan bagi hari tua kami dan persekolahan anak apabila mereka masuk universiti, insya-Allah," ujar Encik Azhar.



Encik Azhar dan Cik Nurhayati, 31 tahun, antara sekitar 15,600 pembeli kali pertama yang menerima EHG yang diperkenal pada September 2019 untuk membantu lebih ramai warga Singapura membeli flat pertama mereka, dengan hampir $500 juta telah diagihkan sejauh ini.



Selain Geran Keluarga sebanyak $50,000 dan EHG sebanyak $45,000, keluarga Encik Azhar turut mendapat Geran Perumahan Berhampiran (PHG) sebanyak $20,000.



Ini kerana flat mereka di Woodlands terletak dekat rumah ibu bapa Cik Nurhayati, kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka.



Menurut Encik Azhar, ibu mentuanya kadangkala membantu mereka mengambil anak bongsu mereka dari pusat prasekolah apabila mereka pulang dari kerja lewat.



Ibu mentuanya juga membantu menjaga anaknya itu jika dia sakit dan tidak boleh pergi ke sekolah, tambahnya.



"Oleh kerana kami tinggal dekat dengan ibu bapa mentua saya, senang jugalah kalau saya nak hantar anak saya ke rumah mereka untuk meluangkan masa bersama kalau mereka rindukan cucu mereka," ujar beliau.



Keluarga Encik Azhar juga merupakan antara sekitar 4,700 pembeli kali pertama yang meraih manfaat daripada kedua-dua EHG dan PHG hingga 31 Disember lalu.



Sejak diperkenal pada Ogos 2015, sekitar 40,900 isi rumah telah memohon bagi PHG, dengan sebanyak $748 juta telah diagihkan kepada kira-kira 40,200 isi rumah.



PHG melengkapi langkah lain yang bertujuan membantu warga Singapura membeli flat HDB baru bersama atau dekat ibu bapa atau anak mereka.



Ini termasuk Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumah Tangga (MCPS), Skim Keutamaan Berbilang Generasi (MGPS), Skim Keutamaan Warga Emas (SPS) dan flat Tiga Generasi.



Orang ramai yang ingin membeli flat HDB dan ingin memeriksa kelayakan mereka bagi geran yang disediakan boleh melungsuri Portal Flat HDB yang baru di https://homes.hdb.gov.sg, yang dilancarkan bulan lalu.




DAPAT BELI FLAT EMPAT BILIK JUALAN SEMULA DENGAN HARGA $221,000.



"Saya tak sangka boleh dapatkan flat empat bilik dengan harga ini. Dengan geran pemerintah ini, kami boleh dapatkan rumah idaman kami dan tidak perlu gunakan begitu banyak wang CPF kami. Wang yang kami dapat jimat itu boleh disimpan bagi hari tua kami dan persekolahan anak apabila mereka masuk universiti, insya-Allah."
- Encik Muhammad Azhar Kamsari, yang turut mendapat Geran Perumahan Berhampiran (PHG) sebanyak $20,000 kerana flat mereka di Woodlands terletak dekat rumah ibu bapa isterinya, kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >