Persatuan Rakyat (PA) dan Wisma Geylang Serai (WSG) akan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti skala dan tempoh masa serta keadaan semasa, apabila menyemak rangka kerja sewa gerai Bazar Raya Geylang Serai pada tahun-tahun akan datang, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Encik Louis Chua (GRC Sengkang), berhubung kos sewa gerai Bazar Raya Geylang Serai di Parlimen pada Rabu.
Pada Oktober 2023, ia diumumkan bahawa had sewa maksimum sebanyak $15,000 ditetapkan bagi setiap gerai untuk Bazar Raya Geylang Serai 2024.
Ini menyusuli maklum balas dan keprihatinan orang ramai, khususnya peniaga mengenai kos sewa gerai Bazar Geylang Serai yang tinggi.
Berita Harian (BH) sebelum ini melaporkan bahawa sewa maksimum $15,000 itu adalah 40 peratus lebih rendah berbanding harga sewa gerai pada 2023 yang mencecah hingga $25,000.
Encik Tong berkata WGS memperkenalkan had sewa itu selepas mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan.
Ini di samping pertimbangan bahawa bazar 2024 kemungkinan diadakan pada skala lebih kecil disebabkan kerja pembangunan semula Jalur Budaya Geylang Serai dan juga tempoh anjuran bazar yang lebih pendek.
Dia seorang yang jujur bicara Mataku senang melihat wajahnya Apatah lagi bila dia tersenyum Hati berbunga Ku suka padamu
Daripada rangkap pertama saja, penulis terpukau oleh suara bariton Fahimi
Dengan peningkatan usia, tubuh mengalami perubahan termasuk sistem imun yang semakin lemah. Kita akan berisiko tinggi mendapat jangkitan dan penyakit.
Seperti senaman dan diet seimbang, vaksinasi dan
Gabungan yang pada mulanya rasa janggal tapi makin menjangkit apabila didengar berulang kali.
Tajuk lagunya, Habibae, saja menggabungkan dua istilah manja daripada dua budaya berbeza, ‘habib’ (Arab)
Ingin tahu sesuatu rahsia untuk umur panjang dan bahagia?
Sebelum Blue Zones (Zon-Zon Biru: Kawasan di dunia di mana orang bukan sahaja hidup lebih lama, malah menikmati mutu hidup yang tinggi pada
Kajian terkini mendapati bahawa masyarakat kita menikmati jangka hayat yang lebih panjang berbanding zaman dahulu.
Ini membawa implikasi penting kepada kehidupan dengan ramai yang mungkin menghadapi
Bayangkan waktu malam yang hujan lebat di tengah-tengah kota Manhattan.
Sepasang kekasih yang saling merindui dipisahkan oleh jarak dan pilihan kehidupan di antara mereka.
Seorang di Manhattan
Hong Kong ingin menjadi negara yang lebih mesra Muslim dan sedang berusaha untuk menawarkan lebih banyak pilihan halal di seluruh tempat makan di wilayah itu.
Malah, ia kini menyasarkan tumpuan untuk
Percutian ke Bali biasanya dikaitkan dengan kegiatan riadah dan bersantai di tepi pantai, mengunjungi spa yang banyak terdapat di sana, melawat tarikan bersejarah, membeli belah hasil karya kesenian
Pada usia 24 tahun, Encik Fikri Amin Rohaimi, merupakan pengasas gerai Blackgoat yang berjaya menarik perhatian penggemar daging stik dan burger.
Bahkan, pelanggan sanggup beratur sebelum gerainya di

Menjelaskan lanjut tentang mekanisme di sebalik mengira kos sewa bazar, Encik Tong berkata pihaknya telah meneliti purata kos sewa gerai bazar pada 2023, jumlah gerai dan tempoh bazar diadakan.
“Secara keseluruhan, apabila kami menghitung purata sewa pada 2023 berbanding bilangan gerai yang sedia ada, purata sewa ialah sekitar $500 sehari. Had yang akan diperkenalkan pada 2024 direka untuk mengekalkan kos sewa kira-kira pada tahap yang sama atau rendah sedikit.
“Yang penting adalah terdapat asas tertentu yang mana pengendali gerai kini boleh membida bagi gerai mereka dengan adanya had ini. Dan setakat itu, terdapat kepastian,” kata beliau.
Namun, Encik Tong berkata terdapat beberapa faktor lain, seperti keadaan semasa, skala dan tempoh bazar, yang kadangkala berbeza setiap tahun dan pihaknya akan mengambil kira faktor tersebut dalam anjuran bazar pada tahun-tahun akan datang.
“Kami akan meneliti keadaan keseluruhan supaya dapat mencapai pengalaman optimum untuk kedua-dua pihak berkepentingan dan juga pelanggan,” tambah beliau.