Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak tangani keganasan dalam keluarga akan terbit laporan

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bertindak silang agensi yang ditubuhkan pada Februari tahun lalu untuk menangani masalah keganasan dalam keluarga akan menerbitkan laporannya tidak lama lagi, dengan saranannya termasuk menyediakan sokongan segera dan mempertingkat perlindungan bagi mangsa, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Selain itu, laporan itu akan mengemukakan saranan untuk mencegah keganasan daripada berulang dan meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda amaran awal.



Encik Lee, yang memberi ucapan di sesi penutup siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura semalam, berkata terdapat keprihatinan tentang keganasan terhadap wanita bukan hanya di tempat awam, malahan juga di dalam keluarga.



"Malangnya, keganasan keluarga bukan sesuatu yang jarang berlaku. Anda yang bekerjasama dengan pusat perkhidmatan keluarga (FSC) dan tempat perlindungan telah menyaksikan terlalu banyak kes yang amat menyedihkan.



"Keadaannya bertambah buruk dengan tekanan yang disebabkan Covid-19. Kita mesti melakukan lebih banyak usaha untuk mencegah keganasan keluarga dan menyokong mangsanya," kata beliau.



Encik Lee berharap langkah-langkah berkesan dapat mengatasi masalah tersebut.



Pasukan Bertindak mengenai Keganasan Keluarga ditubuhkan Februari tahun lalu untuk memberi lebih banyak bantuan dalam menangani masalah keganasan keluarga di Singapura, dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut dan menghasilkan inisiatif seperti talian nasional khusus untuk mangsa keganasan keluarga.



Ia dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Menyentuh tentang soal perlindungan bagi wanita dalam ucapannya, Encik Lee berkata meskipun Singapura merupakan antara bandar paling selamat di dunia, negara ini tidak boleh mengambil ringan keselamatan fizikal dan rasa selamat itu.



Usaha mesti diteruskan untuk mengekalkan piawaian undang-undang dan ketenteraman yang tinggi di Singapura, kata beliau, dan pada masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk melindungi wanita dan anak perempuan daripada diganggu atau dicederakan.



Encik Lee turut melahirkan keprihatinan tentang satu lagi ancaman keselamatan terhadap generasi wanita dan anak perempuan hari ini yang muncul daripada dalam talian.



Dengan penggunaan media sosial yang berleluasa, beliau berkata wanita terdedah kepada perbuatan gangguan, dibuli, asuhan seksual atau perhatian yang tidak diingini.



Beliau menekankan setiap orang, termasuk ibu bapa, sekolah dan institusi pengajian tinggi, memainkan peranan penting dalam menangani masalah keganasan terhadap wanita.



"Huraian paling asas kepada masalah keganasan terhadap wanita adalah untuk menanam nilai-nilai yang betul, agar wanita dan lelaki menghormati batas satu sama lain, dan tahu bahawa adalah salah dan dilarang untuk mengambil kesempatan terhadap wanita, menganiaya mereka, atau lebih teruk, menyerang mereka secara fizikal atau seksual," kata Encik Lee.



Sementara itu, Cik Sun pula berkata rakyat Singapura yang mengambil bahagian dalam siri perbincangan tentang pembangunan wanita Singapura telah melahirkan harapan bagi perlindungan dipertingkat disediakan untuk wanita dan bagi rasa hormat membentuk asas hubungan antara lelaki dengan wanita.



"Peserta telah membincangkan cara menanam nilai rasa hormat kepada anak-anak kita di rumah dan di sekolah; mempertingkat sokongan bagi mangsa kecederaan dan seksual; dan meningkatkan kesedaran dan menangani isu gangguan seksual, keganasan keluarga, gangguan di tempat kerja dan bahaya dalam talian dengan lebih baik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >