Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Pasukan 4G perlu masa pilih ketua baru: Lawrence

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat mahu mengundur diri sebagai ketua pasukan kepimpinan generasi keempat (4G) adalah satu rintangan dalam rancangan peralihan.



Namun pasukan tersebut memahami dan menghormati keputusan itu, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong.



Bercakap di sidang media yang diadakan di Istana semalam, Encik Wong, yang juga anggota pasukan 4G itu berkata ia memerlukan lebih banyak masa untuk memilih ketua baru sebagai pengganti dalam kalangan mereka.



"Ini sebabnya kami telah memohon kepada PM Lee supaya kekal sebagai Perdana Menteri sehingga kami memilih pengganti yang baru dan beliau bersedia mengambil alih peranan itu. Kami amat menghargai keputusan PM Lee yang bersetuju kepada permohonan kami," kata Encik Wong, seorang anggota jawatankuasa eksekutif pusat Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Kenyataan daripada pasukan 4G itu menampilkan nama 30 penjawat politik, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng.



Ia ditulis selepas kumpulan itu mencapai kata putus dalam sebuah mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong - selaku pengerusi PAP - untuk membincangkan keputusan Encik Heng itu.



"Kami tahu beliau (Encik Heng) telah membuat keputusan berdasarkan kepentingan jangka panjang Singapura," kata kenyataan tersebut.



Ia juga menekankan peranan genting yang dimainkan Encik Heng dalam inisiatif utama negara pada tahun lalu, termasuk menyampaikan lima Belanjawan.



"Kami berbesar hati kerana DPM Heng akan terus menjadi anggota pasukan kami dan akan meneruskan peranannya sebagai DPM dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



"Kami semua telah meraih manfaat daripada pengalaman dan kepakarannya dan mengharapkan nasihat dan sumbangan yang berterusan daripadanya sedang kita melalui tempoh pemulihan ini dan membuat rancangan bagi masa depan," kata kenyataan tersebut.



Kenyataan itu juga berkata keutamaan harus diberikan kepada usaha menangani cabaran terdekat dan memastikan Singapura muncul lebih kukuh daripada krisis ini.



Ia juga berkata perkembangan ini adalah satu rintangan dalam rancangan peralihan kepimpinan dan memohon warga Singapura supaya terus menyokong mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >