Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONVENSYEN PARTI TINDAKAN RAKYAT (PAP) 2021

PAP perlu terus pupuk kepercayaan rakyat: PM Lee

Tangani masalah secara terbuka, telus dan berkomunikasi dengan jelas serta beri contoh baik
pap
Nov 29, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Parti Tindakan Rakyat (PAP) perlu terus memupuk kepercayaan dengan rakyat, dan kepercayaan adalah perbezaan ketara dalam respons negara ini menangani pandemik Covid-19.



Beliau berkata Singapura harus menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai kepercayaan tinggi.



"Perbezaan ketara dalam respons kita ialah: Kita percaya satu sama lain. Oleh itu, kita bekerjasama dengan satu sama lain bukan bertentangan,'' kata Encik Lee, yang juga setiausaha agung PAP dalam konvensyen parti itu semalam.



"Kita telah mengekalkan kepercayaan pada satu sama lain. Kita mesti sentiasa berbuat demikian. Ia cara menangani bukan Covid-19 saja, malah cabaran masa depan," ujarnya.



Beliau menambah bahawa masyarakat kohesif mengambil masa berdekad untuk dibangunkan sebelum sebarang krisis dan mempunyai kepercayaan awam adalah sesuatu yang dihargai pemerintah PAP.



Encik Lee berkata PAP mesti terus memupuk kepercayaan rakyat dengan menangani masalah secara terbuka dan telus, serta berkomunikasi dengan jelas dan memberi contoh baik.



Generasi pengundi baru mahu melihat lebih banyak perbahasan, persaingan, dan persoalan tentang idea yang sudah mantap, katanya.



"PAP mesti memberi respons terhadap perkembangan ini. Tunjukkan kepada rakyat Singapura bahawa kita tidak takut dengan pandangan bertentangan atau dicabar, bahawa kita menggalak wacana sihat," ujar Encik Lee.



Meskipun parti itu mengalu-alukan idea baik dari mana saja, dan mendengar pendapat dan keprihatinan rakyat Singapura dengan teliti, Encik Lee berkata wacana politik bukan sekadar menerima atau memasarkan idea baik, dengan mereka perlu menangkis pandangan salah "jika boleh, secara lembut, tetapi apabila perlu, dengan tegas".



Beliau berkata politik parti itu telah dapat memberi hasil kepada rakyat Singapura disebabkan satu faktor penting - penekanan pada kewibawaan dan kejujuran.



Encik Lee berkata di Singapura, orang ramai menjangka Anggota Parlimen dan pemimpin politik "bersih", tidak tercela dalam kelakukan peribadi mereka, dan jujur dalam apa yang mereka tuturkan baik di dalam mahupun luar Parlimen.



"Jika ada buat salah, kita akan disiplinkan dia. Jika ada salah cakap, dia akan memperbetulkannya, kerana dia tahu itu perkara betul untuk dilakukan, dan parti akan mendesaknya.



"Kerapian PAP menetapkan nada bagi politik Singapura. Pengundi perlu menerapkan mutu kewibawaan dan kejujuran tinggi yang sama kepada setiap kumpulan dan individu yang menyertai politik, tidak kira mana pihak mereka berada.



"Jika tidak, kita akan memberi isyarat bahawa kita bersedia merendahkan standard, dan ini akhirnya akan melemahkan sistem kita," kata beliau.



Dalam pada itu, pengerusi PAP, Encik Gan Kim Yong, berkata aktivis parti itu mesti menunaikan janji, terus mendengar luahan hati dan keprihatinan rakyat, dan terus memastikan kehidupan mereka menjadi lebih baik, jika parti itu mahu sokongan berterusan rakyat.



Meskipun rakyat Singapura telah memberi sokongan dan membuat pengorbanan walaupun parti itu kadang kala perlu membuat keputusan sukar, Encik Gan mengingatkan aktivis bahawa mereka tidak mempunyai hak semula jadi ke atas sokongan rakyat.



"Mereka menyokong kita kerana mereka percaya pada kita, dalam apa yang kita lakukan, dalam membuat kemajuan yang mempertingkat semua orang.



"Jika kita mahukan sokongan berterusan mereka, kita perlu menunaikan janji kita, terus mendengar, dan terus menyediakan kehidupan lebih baik untuk mereka," kata beliau, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.



Sementara itu, berucap di majlis Anugerah PAP 2021 kelmarin, penolong setiausaha agung pertama PAP, Encik Heng Swee Keat, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata rakyat Singapura telah memberi kepercayaan kepada PAP untuk memimpin negara ini melalui krisis sekarang dan masa lalu berkat usaha setiap generasi aktivis yang terus berkhidmat dengan penuh semangat dan keikhlasan serta komitmen.



"Anda telah menyesuaikan diri sedang masyarakat kita berubah, sambil mengekalkan kepercayaan dengan nilai dan keyakinan asas PAP. Anda terus mengekalkan usaha pendekatan kita, termasuk melalui kaedah dalam talian, dan berkhidmat dengan baik kepada penduduk kita.



"Usaha anda membantu parti memperdalam pemahaman kami tentang keprihatinan rakyat, menyokong mereka yang memerlukan dengan lebih baik, dan memperkukuh ikatan kita bersama rakyat Singapura," kata beliau.




"Perbezaan ketara dalam respons kita (terhadap Covid-19) ialah: Kita percaya satu sama lain. Oleh itu, kita bekerjasama dengan satu sama lain bukan bertentangan,'' kata Encik Lee, yang juga setiausaha agung PAP dalam konvensyen parti itu semalam. Kita telah mengekalkan kepercayaan pada satu sama lain. Kita mesti sentiasa berbuat demikian. Ia cara menangani bukan Covid-19 saja, malah cabaran masa depan."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), menekankan peri penting kepercayaan tinggi dalam masyarakat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >