Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar: Perlu maklumat lanjut tentang Omicron bagi tentukan apakah protokol Covid-19 SG harus diubah

Nov 28, 2021 | 5:30 AM
TERLALU AWAL: Masih awal untuk memutuskan apakah strategi menganggap Covid-19 sebagai endemik perlu diubah disebabkan varian baru Omicron. - Foto BM oleh DESMOND WEE
TERLALU AWAL: Masih awal untuk memutuskan apakah strategi menganggap Covid-19 sebagai endemik perlu diubah disebabkan varian baru Omicron. - Foto BM oleh DESMOND WEE -

VARIAN baru koronavirus, Omicron, membuatkan seisi dunia sekarang dalam keadaan sangat berjaga-jaga kini.

Namun, dua pakar yang dihubungi akhbar The Straits Times semalam berkata lebih banyak maklumat diperlukan bagi menentukan apakah protokol pandemik Covid-19 yang ada sekarang harus diubah.

Sebagai contoh, tidak begitu jelas apakah vaksin yang ada sekarang boleh melindungi individu daripada jatuh sakit jika dijangkiti varian Omicron, kata Profesor Teo Yik Ying, Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS).

"Jika varian ini menambah keupayaan menjangkiti tetapi tidak menambah risiko penyakit dan kematian di luar apa yang sudah diperhatikan dalam varian Delta, tentunya impaknya terhadap sistem jagaan kesihatan tidak begitu besar jika negara berkenaan berupaya memastikan kadar pengambilan vaksinasi dan suntikan vaksin penggalak lebih tinggi," kata Profesor Teo.

Namun, beliau menarik perhatian jika ada bukti nyata bahawa Omicron menambah risiko jangkitan dan kematian malah bagi individu yang sudah divaksinasi penuh, negara-negara kelak perlu menyemak relevan atau tidak strategi menganggap Covid-19 sebagai endemik.

"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada prospeknya pesimistik atau optimistik," ujar beliau.

Naib Dekan Kesihatan Global dan Ketua Program Penyakit Berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Profesor Hsu Li Yang, berkata senario kes paling teruk ialah varian Omicron lebih mudah menjangkiti daripada varian Delta dan ia juga boleh sepenuhnya melenyapkan respons imun yang tercetus daripada jangkitan atau vaksinasi sebelum ini.

Jika ini berlaku, Singapura perlu mengetepikan pendekatannya merawat Covid-19 sebagai penyakit endemik hingga vaksin baru boleh diperolehi.

Profesor Hsu menambah: "Namun, saya berasa senario ini tidak mungkin berlaku memandangkan ia bukannya virus baru secara menyeluruh."

Varian baru ini mula dikesan di Gauteng, sebuah wilayah Afrika Selatan, Khamis lalu.

Ia disahkan sebagai varian yang menimbulkan keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin, kerana bilangan mutasi yang banyak dikesan dalam protein pepaku yang mungkin menyebabkan risiko jangkitan semula bertambah dalam kalangan kesan negatif lain.

Ia adalah varian kelima yang menimbulkan keprihatinan yang wujud sejak pandemik Covid-19 mula menggugat dunia hampir dua tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg