Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Padang akan diwarta jadi Monumen Negara

Aug 08, 2022 | 08:11 PM



SEBAGAI salah satu kawasan lapang tertua di Singapura, Padang telah menjadi tempat bagi banyak peristiwa penting.



Tapak ikonik itu akan diwartakan sebagai Monumen Negara ke-75 di Singapura oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) esok (9 Ogos).



Ia juga menjadi kawasan hijau dan terbuka yang pertama untuk menyertai senarai Monumen Negara yang diwartakan.



Ini bermakna ia akan diberikan perlindungan tahap tertinggi di Singapura di bawah Akta Pemeliharaan Monumen.



Dalam acara rasmi mewartakan tempat itu hari ini (8 Ogos), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata ruang terbuka itu merupakan peringatan yang ketara tentang bagaimana Singapura dijadikan dan sejauh mana rakyatnya telah melangkah sebagai sebuah negara.



Beliau menambah Padang telah menjadi ruang masyarakat dan tempat kenangan bagi warga Singapura – tidak kira bangsa dan agama – yang dikongsi bersama.

Beliau menambah langkah mewartakan Padang akan “melindungi” detik-detik yang berharga ini.



Padang telah menjadi ‘rumah’ bagi ruang kegiatan sosial dan masyarakat dan telah menyaksikan pelbagai acara penting diadakan di sana.



Encik Tong berkata pelbagai orang dari pelbagai generasi telah berkumpul di tapak itu dan menyaksikan peristiwa penting dalam sejarah Singapura.



Ini termasuk perarakan kemenangan meraikan penyerahan rasmi Jepun di Singapura pada 12 September 1945; perhimpunan kemenangan Dewan Undangan pertama yang dipilih sepenuhnya pada 3 Jun 1959; pertabalan Encik Yusof Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara (ketua negara) kelahiran Malaya yang pertama dan pelancaran Lambang Negara pada 3 Disember 1959; serta Perbarisan Hari Kebangsaan sulung pada 9 Ogos 1966.



Semasa zaman penjajahan, sambutan seperti Tahun Baru Cina, Hari Lahir Di Raja, Maulud Nabi, dan Thaipusam disambut di sana di samping pertunjukan bunga api di Padang sambil menghiburkan semua anggota masyarakat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >