Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orkid dinama sempena Presiden Halimah dan suami

Mar 22, 2023 | 5:30 AM
ORKID PENGHORMATAN: (Dari kiri) Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, Presiden Halimah Yacob dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah di upacara menamakan orkid Vanda Halimah Yacob Mohamed. - Foto-foto ST
ORKID PENGHORMATAN: (Dari kiri) Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, Presiden Halimah Yacob dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah di upacara menamakan orkid Vanda Halimah Yacob Mohamed. - Foto-foto ST -

VANDA Halimah Yacob Mohamed adalah orkid kacukan silang Vanda Kulwadee Frangrance dan Vanda tesselata. Ia dinamakan sebagai penghormatan buat Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, yang melakukan Lawatan Negara ke Malaysia pada 20 hingga 22 Mac.

Upacara menamakan orkid itu di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dan isteri beliau, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Iskandariah.

Orkid itu berbau harum dan menghasilkan tangkai kuat dan tahan lama setinggi 19 hingga 24 sentimeter. Setiap tangkai mempunyai sekitar sembilan hingga 10 kuntum bunga, setiap satu bersaiz empat hingga lima sentimeter.

Bunganya berwarna putih dengan tepinya berwarna biru keunggu-ungguan serta bintik-bintik ungu di kelopaknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg