Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

NTUC usaha sedia tempat rehat pekerja hantar makanan

May 16, 2021 | 05:30 AM



MULAI hari ini, orang ramai tidak dibenarkan makan di luar berikutan pengumuman kawalan Covid-19 yang diperketat.



Oleh yang demikian, pekerja penghantar makanan mungkin berdepan dengan kesukaran untuk berehat dan makan ketika menjalankan tugas di luar rumah.



Menjangkakan hal tersebut, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan bekerjasama dengan beberapa rakan kerja untuk menyediakan tempat rehat bagi para pekerja ini.



Penasihat akar umbi GRC Pasir-Ris-Punggol Cik Yeo Wan Ling, dalam satu pos di Facebook berkata bahawa NTUC Club Clubhouse dan pusat beli-belah kejiranan seperti Ang Mo Kio Hub akan mempunyai tempat-tempat istirahat bagi para penghantar makanan.



Butiran lanjut akan diumumkan kelak.



"Sedang Singapura mempersiap bagi langkah-langkah pengurusan selamat yang dipertingkat, pekerja penghantaran makanan kita juga giat mempersiap diri bagi permintaan penghantaran yang meningkat," tulis Cik Yeo.



Beliau menggesa agar lebih banyak rakan kerja pengurusan kemudahan menyediakan tempoh tempat letak kenderaan percuma yang lebih lama kerana masa menunggu yang lebih lama disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi.



Selain itu, beliau juga meminta agar rakan kerja menyediakan tempat makan agar penghantar makan dapat makan dengan selamat dan dalam langkah pengurusan selamat.



Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung NTUC Patrick Tay berkata di Facebook bahawa SMC Pioneer telah menyediakan tempat rehat sementara bagi pekerja penghantaran makanan di pusat beli-belah Jurong Point.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >