Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN: LAUT

Niaga pun kian rancak dan yakin

Jun 25, 2022 | 06:14 AM



PERNIAGAAN di Pusat HarbourFront turut rancak sedang kian ramai orang memanfaatkan perkhidmatan feri ke Batam.



Daripada perniagaan runcit kepada makanan dan minuman (F&B), semuanya rata-rata telah mula menyaksikan perniagaan mereka meningkat antara 15 peratus dengan 30 peratus sejak lebih seminggu lalu.



Meskipun masih jauh daripada paras sebelum pandemik Covid-19 melanda, peniaga di kawasan itu positif mengenai masa depan mereka hingga sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME) membuka sebuah kedai makan baru seluas 7,000 kaki persegi di situ.



Semasa ditemui, pemilik firma pengurup wang Ariza di HarbourFront, Encik Habeeb Mohd, 59 tahun, menganggarkan perniagaannya meningkat sekitar 30 peratus sejak seminggu lalu menyusuli terminal feri di situ mula beroperasi semula.



"Masih perlahan, tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan. Terus terang, sudah 20 tahun saya jalankan perniagaan sebagai pengurup wang di sini dan semasa Covid-19 melanda, memang perniagaan saya terjejas amat teruk.



"Tapi saya begitu yakin keadaan akan kembali normal dan sebab itu saya ambil alih juga seluruh kedai runcit ini," katanya, yang kini turut menjalankan perniagaan runcit dekat ruang ketibaan terminal feri itu.



Pengasas bersama Crave, Dr Abdul Malik Hassan, berkata perniagaan F&B beliau mula menyaksikan peningkatan perniagaan sekitar 5 peratus, juga sejak lebih seminggu lalu.



"Keadaan nampak sama walaupun naik sekitar 5 peratus. Mudah-mudahan akan bertambah baik," katanya.



Kakitangan di sebuah kedai menjual minuman dan makanan soya, Encik Kin Fu, menganggarkan walaupun masih perlahan, perniagaan di situ meningkat sekitar 15 peratus.



"Sebelah pagi perniagaan agak rancak sedikit, tapi bila lewat petang dan malam agak sepi, meskipun tidak seperti sepanjang dua tahun lalu," ujarnya.



Begitu yakin mengenai masa depan di pusat terminal feri itu, sebuah syarikat F&B, Fei Siong Group, mengambil alih sebagai penyewa baru sebuah kedai makan yang boleh menempatkan sehingga 300 pelanggan pada satu-satu masa.



Atrium makanan Boleh Boleh! itu, yang menyajikan sajian tempatan dan Malaysia, bakal beroperasi akhir bulan depan.



"Kami akan menyediakan lapan gerai dengan pelbagai sajian hebat, dan kami akan membuat permohonan mendapatkan pesiijilan halal. Dan pastinya sajian yang akan disediakan sesuai dengan cita rasa penduduk tempatan dan luar negara," ujar pengarah syarikat itu, Encik Tan Kim Leng, semasa dihubungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >