Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis sumbang $250,000 bantu Nagore Dargah kendali Pusat Warisan Muslim India

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengagihkan sebanyak $250,000 kepada Nagore Dargah sebagai bantuan awal untuk mengurangkan kos mengendalikan dan mengekalkan Pusat Warisan Muslim India.



Pengagihan cek itu telah disampaikan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, kepada presiden Persatuan Nagore Dargah (ND), Encik Shaick Fakrudeen s/o S Ali di pusat tersebut, semalam.



Bantuan itu diberikan menyusuli pembentukan Persatuan ND sebagai Persatuan Berdaftar yang antara lain kini membolehkannya mengumpul dana daripada orang awam atau memohon bagi geran daripada agensi pemerintah.



Seramai tujuh pemimpin masyarakat telah secara sukarela menjadi anggota lembaga persatuan baru itu yang akan berkhidmat sebagai ahli dari 2020 hingga 2023.



Antara mereka termasuk Encik Farihullah s/o Abdul Wahab Safiullah dan Encik Paiman Supangat.



Dalam ucapannya, Encik Esa menyambut baik usaha yang telahpun dijalankan Persatuan Nagore Dargah sebelum ini dalam menganjurkan acara dan pameran, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat untuk mempamerkan sejarah dan warisan masyarakat Muslim India di sini.



Pusat warisan itu yang telah dijadikan monumen negara selepas ia diwartakan oleh Lembaga Warisan Negara pada 1974, merupakan institusi penting masyarakat, yang mengiktiraf dan meraikan sumbangan perintis masyarakat Muslim India dalam membangunkan perniagaan serta menubuhkan institusi yang telah banyak memanfaatkan pelbagai lapisan generasi termasuk generasi hari ini.



"Persatuan ND telah menganjurkan Ceramah Warisan dengan jayanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai sejarah Nagore Dargah dan sumbangan ekonomi pendatang awal Muslim India.



"Alhamdulillah, ceramah itu mendapat sambutan baik dan ini menunjukkan potensi bagi ceramah dan program masa depan untuk meningkatkan kesedaran budaya dan tradisi kaya masyarakat Muslim India," kata Encik Esa.



Menurut Encik Fakrudeen, bantuan kewangan itu pastinya akan memberi persatuan itu rangsangan untuk menganjurkan lebih banyak program termasuk latihan kepimpinan belia untuk membangunkan golongan pelapis.



"Lazimnya kita hanya dapat menjalankan sekitar dua program setahun termasuk Anugerah Biasiswa Tahunan bagi pelajar yang layak daripada institusi pengajian tinggi.



"Tetapi dengan adanya bantuan awal daripada Muis ini, kita dapat melakukan lebih banyak aktiviti termasuk latihan kepimpinan belia dan program bagi meraikan ulang tahun kesepuluh pusat ini," katanya lagi.



Bantuan kewangan awal yang diberikan Muis itu merupakan tambahan kepada endowmen tahunan yang diterima pusat itu daripada Wakaf Jamae.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >