Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN KAMPUS BARU MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

Muis lancar inisiatif bimbingan kerjaya bagi pelajar madrasah

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



DALAM memastikan pelajar madrasah lebih bersedia melangkah ke alam pekerjaan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melancarkan daya usaha Bimbingan Kerjaya Pendidikan (ECG) yang akan dilaksanakan secara bertahap dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Mengumumkan inisiatif tersebut semasa pelancaran rasmi bangunan baru Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) semalam, Encik Masagos berkata program tersebut bertujuan membantu pelajar menetapkan sendiri laluan kerjaya mereka.



Inisiatif tersebut akan dilakukan mulai awal tahun depan dan diharap dapat menambah kepada usaha-usaha yang telah dilakukan madrasah sebelum ini.



Ia akan dilaksanakan melalui program di peringkat berbeza bermula dari Darjah 3 hingga ke peringkat prauniversiti.



Menurut kenyataan Muis, ia bertujuan "menambah baik pengalaman pembelajaran secara menyeluruh dan membuka peluang pekerjaan lebih baik bagi lulusan madrasah."



Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata, dengan keupayaan serta prasarana yang ada, MAI bersedia membentuk asatizah yang lebih memahami keperluan masyarakat dan bersedia menceburi sektor sosioagama pada masa depan.



Untuk mempersiapkan diri bagi kerjaya dalam sektor ini, pelajar boleh meraih manfaat daripada program pembangunan sedia ada seperti Program Pembangunan dan Aspirasi Pelajar Madrasah atau Masdar yang memberikan pendedahan kepada aktiviti belia di peringkat nasional.



"Saya berharap madrasah kita akan terus meraih manfaat daripada inisiatif seperti ini dan saya mengalu-alukan sumbangan pelajar kepada masyarakat," katanya.



Sementara itu, Encik Masagos berharap pelajar madrasah dapat mengejar aspirasi kerjaya mereka dengan dibantu inisiatif Bimbingan Kerjaya Pendidikan yang akan dilaksanakan itu.



"Ini akan membantu mereka lebih bersedia untuk membangunkan kerjaya serta diri mereka dalam tempoh pembelajaran di madrasah.



"Kami harap inisiatif ini akan membuka peluang pekerjaan lebih baik bagi lulusan madrasah, sepertimana yang dilakarkan dalam laporan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa)," katanya.



Dalam kenyataannya, Muis menekankan peranan penting MAI dalam Sistem Madrasah Bersama (JMS) secara keseluruhan.



Tambahnya, JMS menawarkan pelbagai laluan bagi pelajar madrasah untuk mengejar aspirasi sementara mendalami pendidikan Islam.



Muis turut membangunkan kurikulum secara konsisten bagi memastikan pendidikan madrasah kekal relevan.



Mengulas mengenai komitmen tersebut, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, berkata:



"Dalam melakarkan kurikulum (JMS), kami memastikan subjek-subjek dapat mempertingkat kesedaran pelajar mengenai isu sosial agama berdasarkan konteks.



"Muis akan terus membentuk modul yang dapat mempersiapkan pelajar untuk kerjaya dan peranan yang diperlukan dalam masyarakat."




"Ini akan membantu mereka lebih bersedia untuk membangunkan kerjaya serta diri mereka dalam tempoh pembelajaran di madrasah. Kami harap inisiatif ini akan membuka peluang pekerjaan lebih baik bagi lulusan madrasah, sepertimana yang dilakarkan dalam laporan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa)."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >