Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SKANDAL KARTEL DAGING DI M’SIA

Muis: Daging import ke S'pura penuhi keperluan import, diyakini halal

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mempunyai proses berkesan untuk memastikan daging diimport yang diiktiraf badan pensijilan asing turut memenuhi keperluan yang ditetapkan.



Mereka turut meyakinkan orang awam bahawa produk daging diiktiraf halal yang diimport ke Singapura mengikut undang-undang boleh dimakan dengan yakin.



Kenyataan Muis itu dibuat menyusuli isu dakwaan daging beku tidak halal telah dieksport ke Singapura dari Malaysia berhubung kartel daging yang menjual daging beku tidak halal dengan label halal di sana.



"Hanya daging dan produk daging daripada perniagaan luar negara yang diiktiraf Agensi Makanan Singapura (SFA) boleh diimport ke Singapura.



"Daging dan produk daging diimport juga tertakluk kepada program pengawasan keselamatan makanan SFA demi memastikan ia memenuhi keperluan import dan piawaian peraturan SFA.



Di samping itu, daging yang diimport bagi pasaran Islam dan pemegang sijil Muis mesti memenuhi keperluan halal," kata Muis.



Kelmarin, SFA dan Muis dalam kenyataan bersama berkata mereka sedang menyiasat dakwaan daging beku tidak halal telah dieksport ke Singapura dari Malaysia berhubung isu kartel daging di seberang Tambak.



Pihak berkuasa Malaysia telah berkata ia sedang menyiasat perkara itu, sedang perbualan rancak di media sosial setempat mengenai daging beku tersebut, yang dikhuatiri telah dieksport ke Singapura dan sama ada salah laku dalam proses mengeksport dan pembungkusan daging halal itu juga telah berlaku di Singapura.



Isu tersebut telah mencetuskan keprihatinan dalam masyarakat Islam di sini, namun beberapa perniagaan daging halal setempat berkata mereka tidak mengimport daging dari seberang Tambak.



Pemilik Nazneen Meat House, Encik Khaja Maideen, berkata daging yang beliau jual diimport dari Brazil, Australia dan New Zealand, dan beliau tidak mengimport daging dari Malaysia.



"Ada pelanggan yang tanya saya dari mana sumber daging yang saya jual ini dan saya beritahu mereka bahawa daging yang saya jual ini dari Brazil, bukan Malaysia," kata beliau, sambil menambah bahawa perniagaannya yang terletak di Pasar West Coast tidak terjejas dengan isu itu sejauh ini.



Syarikat penyedia daging dan makanan laut halal, CS Foods, juga berkata mereka tidak terjejas berhubung isu kartel daging itu kerana produk mereka diimport dari Amerika Syarikat, Brazil, Australia, New Zealand dan Argentina.



"Di Singapura, kami hanya dibenarkan mengimport barangan yang diperakui SFA. Bagi sijil halal, setiap sijil halal disediakan bagi setiap bekalan dan Muis ada laman untuk memeriksa sama ada ia diperakui Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB)," kata jurucakap syarikat itu.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Konsultan Utama HalalHub Consultants, Ustaz Azmi Abdul Samad, berkata masyarakat harus berhati-hati dan tidak menyebarkan maklumat atau berita yang hanya akan lebih mengelirukan masyarakat.



Sebagai perunding cara halal, beliau berkata rakan-rakan sejawatannya mempunyai peranan bukan hanya untuk membantu syarikat mendapatkan sijil halal tetapi mempunyai peranan yang lebih besar di dalam industri pensijilan halal.



"Ia adalah kerana Konsultan Halal secara umum kerap pergi ke premis syarikat-syarikat yang ingin memohon sijil halal. Ketika memeriksa premis-premis sedemikian, konsultan Halal boleh juga menyelidiki lebih lanjut sekiranya mereka terjumpa bukti-bukti penyalah gunaan sijil atau logo halal, sama ada sijil di dalam atau luar negara,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >