Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan ambil tindakan bagi yang jual slot vaksinasi Sinovac-CoronaVac Covid-19

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang mengambil kesempatan menjual slot vaksinasi Sinovac-CoronaVac Covid19 mereka kepada orang lain.



Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST) kelmarin, seorang jurucakap MOH berkata:



"Individu yang mempunyai slot tempahan tidak boleh mengeksploitasi keadaan dan mengambil kesempatan ke atas mereka yang ingin divaksinasi."



MOH berkata pihaknya akan memerhatikan sebarang tindakan menjual slot vaksinasi itu dan "akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan jika dibenarkan".



Rabu lalu, pemeriksaan ST mendapati empat pembida di wadah e-dagang Carousell yang menawarkan antara $50 dengan $80 untuk membeli slot vaksinasi.



Salah seorang pembida mengatakan anggota keluarganya tidak dapat menerima vaksin mRNA, seperti vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna, di bawah program vaksinasi nasional akibat sebab perubatan.



Vaksin Sinovac tidak termasuk dalam program vaksinasi nasional Singapura.



MOH berkata ia belum menerima sebarang aduan berkaitan pos dalam talian itu.



Ia tidak pasti sama ada sebarang urus niaga sudah berlaku.



Di bawah rangka kerja Laluan Akses Istimewa, pemerintah telah memperuntukkan 170,000 dos vaksin Sinovac kepada 31 institusi penjagaan kesihatan privet yang diluluskan bagi sejumlah 85,000 individu untuk menerima dua dos vaksin secara percuma.



Suntikan dos kedua kini sedang dijalankan bagi mereka yang telah mengambil dos pertama mereka.



Baki 30,000 dos daripada stok pemerintah telah disimpan untuk warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai reaksi alahan pada vaksin mRNA, dan untuk tujuan lain.



MOH berkata ia telah menyediakan bantuan bagi institusi penjagaan kesihatan privet untuk mengimport lebih banyak bekalan Sinovac, dan menganggar bahawa bekalan baru itu akan tiba pada hujung September.



MOH menambah bahawa institusi penjagaan kesihatan privet yang telah diluluskan untuk menawar vaksin Sinovac harus memeriksa dan memastikan setiap individu dinilai secara klinik sesuai untuk mengambil suntikan.



Ini harus dilaksanakan mengikut saranan pengilang dan keperluan Laluan Akses Istimewa Penguasa Sains Kesihatan (HSA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >