Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: KEMAJUAN MASYARAKAT & ASATIZAH

Mobiliti sosial bantu SG cegah perpecahan dalam masyarakat

Mar 11, 2022 | 07:05 AM



MEMASTIKAN mobiliti sosial boleh membantu Singapura mencegah perpecahan dalam masyarakat yang boleh dilihat di banyak negara membangun, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Sementara kemajuan ekonomi telah memanfaatkan ramai warga Singapura, ia juga menimbulkan cabaran baru, khususnya bagi golongan yang memerlukan.



Encik Masagos berkata ketidaksamaan sosial yang meningkat telah menjadi keprihatinan untuk banyak ekonomi maju.



Keadaan seperti ini telah memudahkan untuk menimbulkan isu-isu baru yang boleh memecahkan segmen masyarakat yang berbeza-beza di samping mengancam perpaduan sosial.



"Di Singapura, kita dapat menghindarinya jika kita pastikan mobiliti sosial terus mekar.



"Oleh itu, bagi golongan yang memerlukan, pemerintah dan masyarakat mesti terus berganding bahu untuk memastikan mereka terus diberi sokongan yang baik dalam meniti detik-detik penting dalam kehidupan mereka," jelas Encik Masagos.



Beliau memberi contoh pemerintah telah memperkenalkan beberapa inisiatif, seperti langkah sokongan bagi pendidikan awal kanak-kanak bagi mempersiapkan golongan muda dengan lebih baik bagi masa depan.



"Untuk masyarakat kita, langkah-langkah ini telah dikuatkan lagi dengan usaha-usaha yang dipelopori badan-badan M3 - iaitu Muis, Mendaki dan Mesra - serta usaha bersama badan-badan Melayu/Islam yang lain, untuk memperluaskan lagi sokongan bagi mereka yang memerlukan.



Usaha ini, kata Encik Masagos adalah cara terbaik untuk memastikan mobiliti sosial.



Dalam pada itu, Encik Masagos juga mengimbas semula pencapaian Mendaki, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun ini.



Menurut beliau, dengan bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama, Mendaki telah menyumbang kepada kemajuan masyarakat yang sangat menggalakkan.



Misalnya, dalam tempoh 4 dekad sahaja, kadar siswazah Melayu berlipat ganda - daripada hanya 4 siswazah pada 1980 kepada hampir 110 siswazah pada 2020, bagi setiap 1,000 orang Melayu.



Tambah beliau kemajuan dalam pendidikan pula telah membuka peluang kerjaya yang lebih baik dengan jumlah pekerja karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu bertambah lebih lima kali ganda, daripada 7.2 peratus pada 1980 kepada 39 peratus pada 2020.



Bagaimanapun Encik Masagos mengingatkan masyarakat tidak terus berpuas hati dengan kemajuan sejauh ini.



"Namun, kita tidak boleh berpuas hati dan berhenti setakat ini, lagi-lagi dalam menghadapi persaingan global yang lebih sengit dan perubahan teknologi yang lebih pesat," terang beliau.



Maka itu, Mendaki akan menyediakan sokongan yang menjangkaui bilik darjah, untuk menyediakan pelbagai program yang lebih strategik, demi memenuhi keperluan masyarakat kita sesuai dengan peredaran masa.



"Usaha-usaha ini akan menitikberatkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam jiwa masyarakat kita, terutama sekali dengan mempertingkat kemahiran, agar masyarakat kita terus relevan dalam ekonomi baru," jelas Encik Masagos.




USAHA PASTIKAN MOBILITI SOSIAL



 ''Di Singapura, kita dapat menghindarinya jika kita pastikan mobiliti sosial terus mekar. Oleh itu, bagi golongan yang memerlukan, pemerintah dan masyarakat mesti terus berganding bahu untuk memastikan mereka terus diberi sokongan yang baik dalam meniti detik-detik penting dalam kehidupan mereka... Untuk masyarakat kita, langkah-langkah ini telah dikuatkan lagi dengan usaha-usaha yang dipelopori badan-badan M3 - iaitu Muis, Mendaki dan Mesra - serta usaha bersama badan-badan Melayu/Islam yang lain, untuk memperluaskan lagi sokongan bagi mereka yang memerlukan. Usaha ini adalah cara terbaik untuk memastikan mobiliti sosial.''
 - Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >