Sebanyak 188 beg yang direka dan ditampal dengan perca khas, diedarkan kepada pekerja barisan hadapan seperti penghantar makanan dan pekerja pembersihan di Our Tampines Hub pada Ahad (23 Jan).
Ini adalah sebahagian daripada projek masyarakat ‘Perca-Perca’, yang dianjurkan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dengan kerjasama Kelab Masyarakat Tampines Central.