Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Kesihatan Brunei lawat S'pura di bawah Zamil S R Nathan

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan Brunei, Datuk Dr Isham Jaafar, akan melawat Singapura dari hari ini hingga Jumaat di bawah Zamil S R Nathan atas jemputan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Datuk Dr Isham dijangka bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Dr Balakrishnan; dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sema-lam.



Beliau juga akan menghadiri taklimat tentang dasar kesihatan awam Singapura dan melawat Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Zamil S R Nathan ialah program peringkat tinggi bagi pemimpin asing, personaliti terkemuka, dan penggubal dasar melawat Singapura untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan pemimpin Singapura dan pegawai kanan pemerintah dalam isu kepentingan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >