Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Niaga di JB rancak kesan buka sempadan

Perniagaan butik dan kedai kuih-muih meningkat purata 40%, masih jauh dari kadar prapandemik
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



SUDAH hampir sebulan sejak sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka dan kesannya terhadap kebanyakan perniagaan di Johor Bahru (JB) kian dapat dirasakan.



Meskipun tidak serancak seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda, namun ia merupakan sesuatu yang positif dan mempunyai potensi untuk kembali seperti sedia kala.



Pemilik perniagaan di seberang tambak yang ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini berkata mereka akhirnya dapat melihat tanda-tanda pemulihan, bak 'cahaya di hujung terowong'.



Mereka menganggap pembukaan semula sempadan datang pada masa yang tepat.



Ini lebih-lebih lagi apabila ramai rakyat Singapura kini mengambil kesempatan untuk berbelanja di JB sempena membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.



Pemilik Butik Tetamu dan Butik Femmes di Plaza Angsana, Encik Mohd Hairudin Mohd Yasin, berkata perniagaannya kembali rancak sepanjang Ramadan ini menyusuli pembukaan sempadan.



"Sejak kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapura membenarkan kedua-dua rakyatnya menyeberangi tambak, kita dapat melihat ramai warga Singapura yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah di sini.



"Secara tidak langsung, selain faktor ekonomi, kita juga dapat menjalinkan semula ikatan persaudaraan yang telah lama terpisah.



"Dengan Covid-19 kini menjadi endemik, saya rasa ia merupakan satu situasi yang sangat baik untuk kedua-dua negara ini," kata beliau yang dapat melihat perniagaannya meningkat hampir 40 peratus selepas ia teruk terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di Malaysia.



Lawatan BH ke JB mendapati selain Plaza Angsana, kawasan membeli-belah lain yang menjadi antara destinasi utama yang dikunjungi ramai penduduk Singapura termasuk gudang tekstil Jakel dan Pasar Borong Pandan City.



Sebagai antara jenama popular, Gedung Tekstil Jakel yang terletak di Bandar Baru Uda sentiasa sesak dikunjungi orang ramai, baik penduduk setempat mahupun warga Singapura.



Gedung itu bukan sahaja menawarkan pelbagai gaya dan fesyen baju Melayu untuk setiap lapisan usia, malah juga perhiasan rumah seperti permaidani, di bawah satu bumbung.



Dengan potongan harga yang menarik, pelanggan dapat dilihat berpusu-pusu cuba mendapatkan pakaian Hari Raya untuk keluarga sebelum tawaran tamat.



Pengurus cawangan, Encik Nor Amin Mohd Yusof, berkata persiapan telahpun dilakukan Jakel, sekitar dua bulan lalu. Ini meskipun pengumuman pembukaan sempadan antara Singapura-Malaysia belum lagi dibuat.



Namun beliau menegaskan bahawa mereka telah menyediakan stok pakaian Hari Raya yang mencukupi untuk menampung keperluan pelanggan dari kedua-dua negara.



Menganggap ia satu perkara yang memberangsangkan, Encik Nor Amin berkata:



"Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, memang kita nampak perbezaan… suasana di sini hampir kembali seperti sebelum pandemik.



"Kita dapat lihat sambutan yang baik dari pelanggan Singapura juga sejak kebelakangan ini."



Beliau menganggarkan penjualan sepanjang Ramadan ini telah meningkat sekitar 60 hingga 70 peratus.



Selain pakaian, ramai pengunjung Singapura ke JB juga telah ke sana untuk mendapatkan kuih-muih pada harga berpatutan.



Pemilik kedai kuih Sues Home Bakers Enterprise, Cik Suhaiza Ibrahim, 45 tahun berkata:



"Lebih 50 peratus perniagaan kami meningkat sejak sempadan darat diumumkan. Meskipun ia tidak seperti sebelum pandemik Covid-19, saya rasa amat lega kerana suasana sebegini telah kembali pulih berbanding dua tahun lalu".



Rata-rata, kesemua pemilik perniagaan yang ditemui BH melahirkan rasa kesyukuran atas pembukaan semula sempadan.



Mereka berharap lebih ramai pengunjung Singapura dapat merentas sempadan dengan keadaan kian semakin pulih.



"Dengan beberapa hari terakhir sebelum Hari Raya ini, saya percaya lebih ramai pengunjung dari Singapura akan datang dan menikmati perbelanjaan serta suasana di sini," kata Cik Suhaiza sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >