Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Khalid, LBKM tawar biasiswa possiswazah

Apr 20, 2023 | 02:01 PM



SEBUAH biasiswa baru ditawar bersama Masjid Khalid dengan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) akan dilancar bagi pelajar possiswazah yang menceburi kajian berkaitan usaha memupuk kepercayaan dan keselamatan dalam masyarakat rencam.



Biasiswa Allaudin-Masjid Khalid itu ditubuhkan untuk memberi penghormatan dan mengiktiraf sumbangan Encik Allaudin Mohamed, yang telah berkhidmat sebagai pengerusi masjid itu sejak 30 tahun lalu.



Encik Allaudin, 70 tahun juga giat menyumbang dalam masyarakat, khususnya dalam usaha memupuk hubungan silang kaum dan agama, serta membantu golongan memerlukan.



Biasiswa itu diumumkan pada Rabu di majlis pembukaan semula Masjid Khalid di Joo Chiat yang telah menjalani kerja peningkatan sejak 2019.



Masjid itu akan memperuntuk $30,000 sebagai permulaan dan mengundang penderma lain untuk menyumbang kepada dana biasiswa itu.



Diurus oleh LBKM, biasiswa itu akan diberikan kepada seorang pelajar setiap tahun. Pelajar itu akan menerima $10,000 untuk membiayai yuran tuisyen dan yuran-yuran lain.



Ketika ditemui pada Rabu, Encik Allaudin berkata beliau berharap biasiswa ini menjadi satu legasi baginya untuk menyokong dan mengekalkan kerja dan sifat kemasyarakatan dalam kalangan pelajar di sini.



"Saya berharap biasiswa ini juga akan terus berkembang dan menerima sokongan dari lebih ramai pihak," tambahnya.



Ketika ditanya mengapa pihaknya memilih untuk menyokong pelajar yang menceburi kajian bidang tersebut beliau berkata:



"Sebagaimana masjid ini disokong pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja masyarakat Melayu/Islam tetapi kaum berbangsa dan beragama lain, kami harus menyokong usaha yang membolehkan masyarakat kami lebih terbuka untuk bekerjasama dan menjalin hubungan erat bersama bangsa dan komuniti lain."



Encik Allaudin mula menabur bakti di Masjid Khalid sejak usianya remaja, dan telah berkhidmat sebagai pengerusi masjid selama 30 tahun.



Secara keseluruhannya, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai peranan di masjid itu selama lebih lima dekad.



Beliau juga aktif dalam pelbagai pertubuhan yang memupuk hubungan silang kaum dan agama.



Majlis pembukaan dihadiri lebih 150 orang termasuk Presiden Halimah Yacob sebagai tetamu kehormat; suaminya Encik Mohammed Abdullah Alhabshee; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos; dan pegawai kanan Majlis Ugama Islam Singapura.



Mereka turut diundang berbuka puasa bersama dengan sajian Briyani Dam khas masjid itu.



Masjid Khalid telah menjalani kerja peningkatan sejak 2019 dalam satu projek berjumlah $7.5 juta.



Antara lain ia kini boleh menampung sehingga 1,750 jemaah setiap masa dan juga dilengkapi sebuah bangunan Annex empat-tingkat bagi mengendali pelbagai urusan dan acara keagamaan.



Seorang 'orang kuat' masjid dan relawan Encik Thariq Aziz berkata:



"Pembukaan masjid ini benar-benar membawa rasa ghairah dan lega - kerana kami sangat rindu berada dalam masjid ini dan bekerjasama dengan para relawan dan kakitangan pentadbiran masjid."



"Masjid penuh bersejarah ini telah melalui perjalanan yang panjang, daripada sebuah masjid kampung kepada sebuah masjid moden yang dilengkapi pelbagai kemudahan mesra jemaah dan pengunjung berbilang kaum. Kami tidak sabar melihat bagaimana ia akan terus berkembang pada masa depan nanti," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >