Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih ada ruang kuota bagi firma dapatkan lebih ramai pekerja

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



MASIH ada ruang dari segi kuota dan syarikat masih boleh mendapatkan lebih ramai pekerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Namun, beliau menerangkan antara sebab syarikat masih tidak dapat memenuhi keperluan tenaga kerja ialah bukan kerana dasar buruh yang diperketatkan, tetapi kesukaran menarik pekerja dari negara sumber yang berbeza.



Ini dinyatakan Encik Wong dalam satu wawancara dengan Ketua Editor Bloomberg News, Encik John Micklethwait.



Diminta mengulas tentang kesukaran syarikat di sini mendapatkan pekerja, Encik Wong menerangkan ia bukan kerana dasar buruh yang diperketatkan.



"Di peringkat Pas Pekerjaan, kami tidak mengetatkan peraturan.



"Kami faham syarikat menghadapi kekurangan tenaga kerja di bidang berbeza.



"Ini kerana kerana langkah sempadan yang (dilaksanakan) lebih awal, tetapi sejak itu, sekatan telah ditarik balik dan kini mereka masih menghadapi kesukaran membawa masuk pekerja dari negara lain kerana negara-negara itu juga menghadapi kekurangan tenaga kerja.



"Lihat tenaga kerja bukan pemastautin kami hari ini - ia masih belum kembali ke tahap sebelum Covid-19."



Beliau menambah:



"Masih ada ruang dari segi kuota, syarikat masih boleh membawa masuk lebih ramai pekerja.



"Tetapi sebab mengapa mereka tidak dapat berbuat demikian bukan kerana dasar. Ini kerana mereka tidak dapat mencari pekerja dari sumber yang berbeza. Itulah sebab asasnya," jelas Encik Wong.



Awal dalam wawancara itu, Encik Wong memerhatikan Singapura bukan satu-satunya negara yang menghadapi isu kekurangan tenaga kerja.



"Ia berlaku di serata dunia dan orang lupa bahawa lebih 6.4 juta warga telah terkorban akibat Covid-19.



"Sebilangan besar telah memutuskan mereka ingin mempunyai keutamaan yang berbeza dalam hidup.



"Tidak hairanlah kita kekurangan tenaga kerja di serata dunia," katanya.



Namun demikian, beliau turut melahirkan harapan bahawa keadaan di negara sumber akan reda dan dengan adanya perjalanan bebas, ini akan memudahkan syarikat mendapatkan pekerja.



"Kami melihat beberapa tekanan terhadap pasaran buruh berkurangan dalam bulan-bulan mendatang," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >