Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Masagos: Pasukan 4G selesa dengan kepimpinan DPM

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN 4G amat senang dengan gaya kepimpinan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang bersikap konsultatif dan mempunyai semangat kepasukanan.



"Beliau yang paling berpengalaman dalam kalangan kami, bersikap konsultatif, dan mempunyai semangat kepasukanan yang kami sangat inginkan sebagai gaya kepimpinan untuk pasukan 4G.



"Kami faham keputusan DPM sangat sukar, ia menghampakan kami, kami akur rakyat prihatin, namun kami menerima dan menghormati keputusan ini," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika ditanya tentang keputusan DPM Heng untuk mengetepikan diri daripada mengambil alih jawatan perdana menteri negara ini.



Encik Masagos yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines turut menekankan DPM Heng telah bersamanya dalam pasukan GRC tersebut sebelum berpindah ke GRC East Coast.



Encik Masagos menambah, yang jelas selama ini Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menghasilkan kepimpinan yang terbaik dan kuat, dan sama penting, mampu bekerjasama sebagai satu pasukan yang bersepadu,



Malah dalam menghadapi krisis Covid-19, pasukan 4G telah menjadi semakin kuat, secara perseorangan dan juga sebagai satu pasukan.



Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata setiap anggota pasukan 4G meraih banyak pengalaman semasa menerajui portfolio masing-masing dan saling menyokong semasa krisis itu dengan krisis sejagat itu juga telah "menguatkan lagi ikatan kami".



"Kami berharap masyarakat faham bahawa kami perlu waktu untuk memilih pemimpin baru pada masa sesuai.



"Kami akan terus beri fokus untuk bersama menjamin kesejahteraan rakyat mengatasi krisis wabak Covid-19, dan juga membuat persiapan menghadapi cabaran baru pos-Covid-19.



"Kami pasukan 4G berazam untuk mengekalkan kepercayaan rakyat Singapura kepada kami dan menjadi pasukan yang kuat dan berusaha yang terbaik bagi Singapura dan rakyat Singapura," ujar beliau .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >