Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki gesa bapa libatkan diri dalam hidup anak-anak

Jan 01, 2023 | 04:48 PM



GOLONGAN bapa mesti memainkan peranan untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak mereka, dengan kajian telah menunjukkan bahawa ini akan menghasilkan prestasi sekolah dan kesejahteraan sosial serta mental yang lebih baik, kata Menteri



Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dalam satu video dimuat naik di Facebook Bapa Sepanjang Hayat kelmarin yang mengetengahkan ucapan kepada ibu bapa dan anak-anak yang bakal memulakan tahun baru persekolahan, Dr Maliki berkata:



“Yang penting ialah peranan bapa dalam kehidupan anak-anak kita, lebih-lebih lagi dalam perjalanan persekolahan mereka. 



“Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan bapa dalam kehidupan anak-anak kita membawa kesan positif dari segi pendidikan mereka dan juga keyakinan emosi dan sosial mereka. 



“Jadi penting bahawa kita cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk anak-anak kita.”

Dr Maliki turut menggalak ibu bapa untuk terus mengeratkan hubungan bersama guru anak-anak mereka.



Ini kerana ia menunjukkan ibu bapa mengambil berat bukan hanya dalam penglibatan kehidupan anak-anak mereka, malah dalam sekolah anak-anak mereka juga.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >