Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan baru politeknik hadapi cabaran dapat kerja tahun lalu: Tinjauan

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



PERATUSAN lulusan baru politeknik yang bekerja sepenuh masa merosot tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya, menurut Tinjauan Pekerjaan Lulusan Politeknik (GES) 2020.



Tinjauan terkini yang dijalankan kesemua lima politeknik setempat itu mendapati sekitar 52 peratus responden meraih pekerjaan sepenuh masa secara tetap.



Ini merosot daripada 61.1 peratus pada 2019 dan 59 peratus pada 2018.



Dalam pada itu, mereka yang mendapat pekerjaan sambilan atau sementara meningkat kepada 31.6 peratus tahun lalu.



Ini berbanding 25.5 peratus lulusan politeknik yang mendapat pekerjaan sambilan atau sementara pada 2019 dan 26.4 peratus pada 2018.



Daripada jumlah lulusan politeknik yang mendapat pekerjaan sepenuh masa secara tetap, sambilan atau sementara, 5.2 peratus adalah mereka yang mengikuti Program Latihan SGUnited.



Program tersebut ditubuhkan tahun lalu untuk membantu lulusan baru meningkatkan peluang pekerjaan mereka apabila permintaan pekerjaan meningkat semula setelah pandemik koronavirus.



Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Ngee Ann (NP), Cik Sarah Kamsani, 24 tahun, yang merebut peluang Program Latihan SGUnited dalam pembelajaran Reka Bentuk di NP, berkata:



"Saya tahu keadaan akan menjadi sukar dalam pasaran pekerjaan (akibat pandemik). Justeru, saya tidak kelam-kabut untuk cari kerja. Saya lebih minat mempertingkatkan kemahiran saya daripada bekerja selepas tamat pengajian supaya saya dapat mempersiapkan diri apabila ekonomi beransur pulih."



Hasil tinjauan itu juga mendapati 2.9 peratus lulusan sama ada telah menerima tawaran kerja atau secara aktif memulakan perniagaan.



Seramai 8,946 daripada 11,909 pelajar yang baru tamat pengajian di politeknik menyertai tinjauan itu.



Turut serta adalah 5,461 daripada 9,619 lulusan pada 2017, yang tamat menjalani Perkhidmatan Negara antara 1 April 2019 dengan 31 Mac 2020.



Dalam satu kenyataan semalam, pengetua Politeknik Ngee Ann, Encik Clarence Ti, berkata:



"Tahun ini, lulusan politeknik memasuki pasaran pekerjaan pada waktu yang tidak pernah berlaku. Covid-19 telah menyebabkan kesan besar pada ekonomi kita.



"Kami gembira ramai lulusan politeknik kami kekal berdaya tahan dan berjaya mendapat pekerjaan meskipun waktu-waktu mencabar.



"Walaupun pandemik telah mengganggu, terdapat peluang menarik dalam sektor seperti penjagaan kesihatan, teknologi infokom, keselamatan siber dan e-dagang."



Berucap bagi pihak jawatankuasa GES, Encik Ti menambah institut akan terus memberi bimbingan dan sokongan kerjaya kepada lulusan bagi membantu mereka mencari pekerjaan dalam bahagian latihan atau mengarahkan mereka kepada peranan pekerjaan baru yang telah dicipta.



Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira separuh lulusan politeknik yang bekerja sambilan atau sementara menyatakan mereka secara serentak mengikuti atau akan memulakan pengajian tinggi.



Kesemua lima politeknik berkata mereka telah mempertingkat usaha untuk menyokong lulusan mereka di tengah-tengah pandemik, termasuk menyediakan bimbingan dan sokongan menerusi pemadanan pekerjaan, latihan dan perancangan khusus dan kursus melanjutkan pendidikan dan latihan secara percuma.




SEKILAS TINJAUAN PEKERJAAN LULUSAN POLITEKNIK (GES) 2020 



  • Dalam kalangan responden yang sertai tenaga buruh, 87.4 peratus peroleh kerja dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian tahun lalu

  • Daripada segi kadar pelajar yang meraih pekerjaan sepenuh masa secara tetap sahaja, peratusannya turun daripada 61.1 peratus pada 2019 kepada 52 peratus tahun lalu

  • Jumlah pelajar yang menganggur meningkat kepada 12.6 peratus tahun lalu, berbanding 9.3 peratus pada 2019

  • Gaji bulanan median pelajar yang sudah bekerja sepenuh masa kekal pada $2,400 tahun lalu, sama seperti pada 2019




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >