Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lihat gambaran lebih luas kenaikan GST: Indranee

Rang pindaan GST dilulus bagi barangan import bernilai rendah
GST
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah menggalak Parti Pekerja (WP) untuk melihat gambaran lebih meluas mengapa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dinaikkan.



Menurutnya, perbelanjaan masa depan di Singapura akan meningkat ekoran beberapa faktor termasuk penduduk yang semakin menua dan perubahan iklim.



Justeru, kata Cik Indranee, pemerintah perlu mencari hasil tambahan lain untuk membiayai perbelanjaan itu.



Beliau berkata demikian semasa membuat rumusan ketika bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pindaan) yang diluluskan di Parlimen, semalam.



Di bawah perubahan itu, GST akan diluaskan kepada barangan bernilai rendah berharga $400 atau lebih rendah yang diimport melalui udara atau pos, dan khidmat bukan digital diimport dari perniagaan ke pengguna dari 1 Januari 2023.



GST akan dinaikkan daripada 7 peratus ke 9 peratus.



Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata rancangan meningkatkan GST dirancangkan antara tahun depan dengan 2025.



Cik Indranee menukil tentang cadangan WP untuk menjadikan penjualan tanah sebagai satu pendapatan.



Menurutnya, tiada perubahan dapat dilihat kerana apa yang dilakukan dengan cara sedemikian ialah sekadar mengubah tanah itu daripada bentuk fizikal kepada wang tunai.



"Ia merupakan cara yang tidak berhemah dalam mengendalikan sistem fiskal," katanya.



Beliau menambah sistem cukai Singapura adalah progresif, dengan mereka yang bergaji tinggi dan pekerja asing yang bekerja di sini juga menyumbang ke arah cukai itu.



Bantuan sokongan juga diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.



Dalam wabak pandemik, pemerintah membentangkan lima belanjawan bagi membantu rakyat Singapura.



"Kita harus melihat gambaran lebih luas,'' katanya.



Dalam perbahasan mengenai Rang GST (Pindaan) yang diluluskan di Parlimen, Anggota Parlimen (AP) Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) melahirkan keprihatinannya tentang nasib golongan peniaga kedai runcit, penjual baju dan peniaga kecil yang menghadapi cabaran untuk berniaga.



Menurutnya, ramai di antara mereka melaporkan perniagaan merosot sebanyak 40 hingga 50 peratus dan salah satu sebabnya ialah kerana harga barang bernilai rendah daripada peruncit luar negara yang tidak dikenakan GST.



"Dengan mengenakan GST ke atas barangan bernilai rendah daripada peruncit luar negara, kami dapat membantu peniaga-peniaga runcit kecil kita dengan mengimbangkan peluang bagi semua peniaga,"ujarnya.



Dalam pada itu, beliau menggesa agar lebih banyak bantuan dihulurkan kepada peniaga runcit dengan perjalanan transformasi digital agar peniaga kecil kekal berdaya saing dalam keadaan yang semakin mencabar ini.



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) juga dalam ucapannya menyambut baik langkah mengenakan GST terhadap barangan import luar negara melalui udara yang bernilai rendah dan ini menurutnya turut dialu-alukan peniaga setempat yang ditemuinya.



Beliau berkata para peniaga setempat berpendapat dengan mengurangkan perbezaan kos antara membeli produk secara setempat dan luar negara akan, secara tidak langsung, membantu menarik pelanggan.



Namun beliau ingin mendapatkan kepastian bagaimana dasar itu akan dilaksanakan memandangkan bilangan tinggi peniaga luar negara bebas yang menawarkan penghantaran langsung ke Singapura.



"Apakah GST akan dibayar kepada peniaga, atau harus pelanggan membuat bayaran itu apabila pembelian mereka tiba di kastam setempat?



"Dengan langkah tambahan berhubung pelaksanaan GST ini ke atas bilangan barangan yang meningkat, adakah ini akan menyebabkan proses penghantaran semakin lambat?"



Menurut Cik Indranee, Singapura bukan bidang kuasa pertama untuk mengenakan GST terhadap barangan nilai rendah yang diimport menerusi udara atau pos.



Memberikan contoh, Cik Indranee berkata negara seperti Australia Kesatuan Eropah, New Zealand, Norway, Switzerland dan United Kingdom telah mengenakan GST ke atas barangan bernilai rendah.



Dalam pada itu, beliau turut menggariskan bahawa sistem pencukaian dan fiskal Singapura adalah progresif dan adil.



Beliau berkata 60 peratus daripada jumlah yang dikumpul daripada GST datang daripada mereka yang berpendapatan tinggi, daripada penduduk asing yang hidup dan bekerja di Singapura serta pelancongan.



"Namun usah lupa bahawa pemerintah akan melakukan segala yang diperlukan untuk menyokong warga. Jika anda lihat dalam pandemik ini, sebanyak lima belanjawan telah dibentangkan," tambahnya.




"Kita harus melihat gambaran lebih luas... usah lupa bahawa pemerintah akan melakukan segala yang diperlukan untuk menyokong warga.

Jika anda lihat dalam pandemik ini, sebanyak lima belanjawan telah dibentangkan.

- Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >