Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lestarikan sejarah P. Ramlee melalui wadah bagi tarik golongan muda

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Tepukan gemuruh diberikan apabila Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, menyanyikan lagu Getaran Jiwa di majlis pecah tanah kerja-kerja naik taraf jalur budaya Geylang Serai di Wisma Geylang Serai (WGS) baru-baru ini.


Lagu Getaran Jiwa yang dinyanyikan oleh P. Ramlee memang dekat di hati masyarakat Melayu yang membesar dengan suara lunak sambil menonton filem-filem beliau.


Encik Tharman menyifatkan P. Ramlee sebagai seorang ‘genius’ kerana mempunyai kepintaran luar biasa.

Karyanya bukan sahaja dinikmati masyarakat Melayu malah masyarakat berbilang kaum di negara ini dan serantau.

Justeru, pengumuman Encik Tharman mengenai pembentukan satu jawatankuasa silang agensi bagi melestarikan sejarah dan sumbangan seniman legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada negara ini, memang wajar diberi sokongan.

Jawatankuasa itu melibatkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Lembaga Warisan Negara (NHB), Lembaga Perpustakaan Negara (NHB) dan rakan masyarakat lain.

Ramai daripada kita yang membesar dengan filem-filem P. Ramlee seperti Bujang Lapok dan Madu Tiga sehinggakan dialog filem-filem itu masih digunakan dalam perbualan dan menjadi senda gurau apabila berbual dengan anggota keluarga dan rakan.


Apabila menghadapi ujian walau kecil sekalipun, perkataan ‘cobaan’ (ejaan lama) yang terbit daripada dialog cerita Pendekar Bujang Lapok digunakan. Apabila hari hendak hujan dan kain baju masih tersidai di luar, frasa ‘Ani! Angkat kain jemuran... hujan dah turun’ pula dipakai.


Dialog spontan: ‘Butang baju aku mana Pah’ dalam filem Madu Tiga masih menjadi gurauan apabila lelaki teringin nak kahwin lagi.


Apa yang menarik, dialog-dialog ini yang sudah wujud sekian lama, masih digunakan hingga sekarang.







Begitulah pengaruh kuat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Filem-filemnya bukan sahaja mencuit hati bahkan mengandungi pengajaran dan sindiran terhadap isu-isu sosial yang berlaku pada waktu itu yang ada antaranya masih relevan hingga sekarang. Boleh dikatakan seniman itu adalah pengkritik sosial yang handal.

Dalam gelak tawa menyaksikan filem-filemnya, minda menerawang terhadap pemerhatian sosial mengenai isu masyarakat seperti perbezaan kelas atau cinta dua darjat.

Persoalannya bagaimana untuk melestarikan sumbangan dan sejarah tokoh terkenal itu?

Sebelum ini, usaha dijalankan bagi mengingati beliau melalui pelbagai wadah seperti penganjuran konsert.

Di Pulau Pinang, rumah atap P. Ramlee yang lahir pada 22 Mac 1929 turut mempunyai galeri pameran yang masih dikunjungi.

Apakah terdapat cara lain bagi melestarikan sejarah dan sumbangan beliau kepada generasi penerus agar ia tidak lapuk ditelan zaman?

Generasi baru tidak lagi menonton filem-filem di televisyen seperti generasi lampau. Mereka lebih gemar menonton di Netflix.

Pemahaman mereka terhadap bahasa Melayu yang digunakan dalam filem-filem itu mungkin tidak sama seperti pemahaman generasi sebelumnya.

Untuk terus mendekati generasi muda ini agar terus mengetahui sejarah lama seperti filem-filem lama, pendekatan berbeza harus dilaksanakan.

Pameran statik mungkin tidak lagi menarik perhatian anak muda.

Pameran interaktif, serta penggunaan wadah TikTok dan YouTube lebih sesuai bagi menarik perhatian golongan muda ini.

Sayang sekali jika karya-karya filem dan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak dapat dinikmati oleh generasi muda sepertimana ia menyentuh hati generasi sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >