Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN (MTI)

Lebih sokongan bagi niaga inovasi, masuk pasaran global

Program pakar pelbagai bidang bantu SME berinovasi akan diperluas bagi sertakan pakar perkilangan dan logistik
Mar 03, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH program yang melantik pakar daripada pelbagai bidang bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk berinovasi akan diperluas, dengan melibatkan pakar daripada sektor perkilangan dan logistik.



Mengumumkan demikian, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata Program Penasihat Inovasi (IAP) itu membantu SME memanfaatkan nasihat daripada pakar serta rangkaian mereka.



Ini sejajar dengan usaha pemerintah membantu SME dari segi inovasi dan komersialisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D).



IAP dilancarkan pada 2019 dengan tumpuan pada pengilangan makanan dan teknologi perubatan, tetapi kemudian diperluas kepada sektor aeroangkasa dan teknologi infokom.



Hingga Disember lalu, 17 penasihat inovasi telah dilantik untuk menasihati perusahaan dalam 17 projek.



Dr Tan berkata pemerintah akan terus menyokong perusahaan berinovasi, tetapi perusahaan juga harus memainkan peranan mereka.



"Perniagaan yang memanfaatkan inovasi berada dalam kedudukan lebih baik untuk bersaing secara global dan meraih nilai bagi ekonomi," kata Dr Tan di perbahasan belanjawan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) di Parlimen semalam.



Di samping itu, pemerintah akan meluaskan wadah yang menyokong perusahaan memanfaatkan teknologi.



Sebagai contoh, Pusat Inovasi dalam institut penyelidikan A*Star dan politeknik menyediakan sokongan khusus kepada sektor untuk membantu SME tempatan membangun keupayaan inovasi mereka.



Dr Tan turut menjawab soalan Anggota Parlimen seperti Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) dan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) mengenai usaha membantu syarikat menebar sayap di peringkat global.



Menurut beliau, pemerintah akan membantu syarikat menembusi pasaran baru dengan meluaskan Perikatan Inovasi Global (GIA) daripada 15 kepada 25 bandar dalam lima tahun akan datang.



Ini bertujuan menyokong perusahaan meluaskan pasaran mereka dan memupuk kerjasama inovasi.



Sementara itu, wadah inovasi rentas sempadan seperti Program Inovasi Bersama (CIP) di bawah GIA akan menyokong syarikat dalam bekerjasama dengan rakan luar negara dalam projek inovasi.



Dengan akses kepada lebih ramai rakan kerja, perniagaan boleh membangun produk dan huraian baru untuk bersaing di peringkat global, kata Dr Tan.



Selain itu, MTI akan meningkatkan sokongan bagi mengurangkan kos perniagaan untuk menyerantau.



Ini termasuk memperluas skop perbelanjaan yang layak di bawah Skim Potongan Cukai Berganda bagi Pengantarabangsaan (DTDi) untuk merangkumi pameran perdagangan maya.



Langkah itu bertujuan mengambil kira cara baru menyerantau disebabkan Covid-19.



Pemerintah juga terus meninjau ekosistem pembiayaan bagi memastikan syarikat di pelbagai peringkat, daripada syarikat pemula (startup) kepada SME hingga perusahaan besar, mengakses modal.



Program Perusahaan Pinjaman Perdagangan - Hutang Modal Usaha (EFS-VD) telah dilanjutkan dengan jumlah pinjaman dinaikkan daripada $5 juta kepada $8 juta.



Ini akan memberi perusahaan lebih akses kepada pembiayaan, kata Dr Tan.




"Perniagaan yang memanfaatkan inovasi berada dalam kedudukan lebih baik untuk bersaing secara global dan meraih nilai bagi ekonomi."
- Dr Tan See Leng, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan.




SEKILAS INISIATIF BARU MTI 



  • Lanjutkan Geran Pembangunan Perniagaan (EDG), Geran Huraian Produktiviti (PSG) dan Geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA)

  • Perluas skop Potongan Cukai Berganda bagi Pengantarabangsaan (DTDI)

  • Pertingkat Program Hutang Modal Usaha

  • Perluas Program Penasihat Inovasi (IAP) bantu tingkat keupayaan SME

  • Perluas Perikatan Inovasi Global (GIA) daripada 15 kepada 25 bandar, bantu syarikat tembus pasaran luar negara

  • Bangun rangka kerja Keupayaan Persatuan perdagangan dan dewan perniagaan (TAC)

  • Ciri-ciri baru wadah GoBusiness, termasuk panduan tubuhkan perniagaan dan fungsi baru bagi periksa penggunaan tempat untuk operasi perniagaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >