Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh warga SG yakin DPM Wong pemimpin 4G yang terbaik

Jul 14, 2022 | 07:49 PM



LEBIH separuh warga Singapura ditinjau yakin bahawa Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, adalah pemimpin generasi keempat (4G) yang terbaik untuk menerajui negara dan mengharungi isu-isu seperti perpecahan dalam masyarakat.



Satu kajian terkini Institut Kajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS), mendapati enam dalam 10 responden yakin yang pemerintah mempunyai pemimpin 4G terbaik untuk menangani isu perpecahan dalam masyarakat, hubungan dengan negara asing serta pemulihan ekonomi pasca Covid-19.



Sekitar 59 peratus daripada mereka yang lulus universiti dan lebih tinggi mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi bahawa Encik Wong adalah pemimpin 4G yang terbaik, menurut kajian itu.



Ini berbanding 44 peratus daripada mereka yang berkelulusan pos menengah dan 49 peratus bagi mereka yang berpendidikan sekolah menengah ke bawah.



Kajian berjudul ‘Melangkah ke depan mengharungi Covid-19 di Singapura: Kesejahteraan, pengajaran dipelajari dan hala tuju masa depan’ oleh Makmal Sosial IPS itu dijalankan ke atas lebih 2,000 orang dengan 500 orang ditinjau setiap dua minggu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >