Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $100j Baucar CDC 2021, tahun lalu diguna bagi beli makanan dan minuman

Lagi $98j dibelanja bagi perkhidmatan dan perdagangan
Jan 04, 2023 | 05:30 AM



HAMPIR separuh atau 46 peratus Baucar CDC yang digunakan isi rumah warga Singapura pada 2021 dan tahun lalu, berjumlah sekitar $105 juta, telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan minuman.



Bercakap dengan media semalam, Mayor CDC South West dan Pengerusi Jawatankuasa Mayor, Cik Low Yen Ling, berkata lagi 43 peratus Baucar CDC pula, yang berjumlah $98 juta, dibelanjakan bagi perkhidmatan dan perdagangan lain termasuk di kedai cermin mata dan kedai bunga serta untuk membeli barang elektronik dan alat tulis.



Baki 11 peratus Baucar CDC itu, yang berjumlah $25 juta, pula dibelanjakan di minimart dan kedai runcit di kawasan kejiranan.



Oleh itu, Cik Low berkata minimart dan kedai runcit ini akan terus meraih manfaat sebagai kedai kejiranan yang mengambil bahagian di bawah Skim Baucar CDC.



Di bawah Skim Baucar CDC 2023 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam, isi rumah warga Singapura boleh menggunakan separuh daripada baucar berjumlah $300 untuk berbelanja di lebih 300 cawangan pasar raya NTUC FairPrice, Sheng Siong, Prime Supermarket, HAO Mart dan U Stars Supermarket.



Ini kali pertama Baucar CDC boleh digunakan di pasar raya sejak baucar itu diberikan kepada semua isi rumah warga Singapura pada 2021.



Baki $150 daripada baucar $300 itu tetap boleh digunakan di sekitar 20,300 gerai penjaja dan kedai kejiranan yang menyertai skim tersebut.



"Dengan membolehkan baucar itu digunakan di lima rangkaian pasar raya setempat itu sebagai permulaan... kami berharap ini dapat memberi pilihan yang lebih luas dan lebih kemudahan kepada semua keluarga warga Singapura," ujar Cik Low.



Malah, pasar raya lain seperti Giant dan Cold Storage juga mungkin akan menyertai skim tersebut pada masa akan datang.



Secara keseluruhan, Baucar CDC berjumlah lebih $228 juta telah dibelanjakan bagi 2021 dan 2022.



Cik Low berkata sekitar $372 juta dijangka dibelanjakan menggunakan Baucar CDC tahun ini, dengan sekitar 1.238 juta isi rumah warga Singapura boleh memanfaatkannya.



Isi rumah warga Singapura itu akan menerima surat mulai semalam dengan butiran untuk mendapatkan Baucar CDC 2023, yang perlu dibelanjakan selewat-lewatnya 31 Disember 2023.



Seorang anggota isi rumah warga Singapura juga boleh mendapatkan baucar itu dengan melungsuri laman web go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan akaun Singpass mereka bagi pihak isi rumahnya.



Cik Low, yang juga Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), berkata kebanyakan isi rumah menggunakan Baucar CDC mereka dalam bentuk digital sebelum ini.



Namun, ada juga sesetengah warga, khususnya warga emas yang tinggal sendiri, yang lebih selesa pergi ke kelab masyarakat untuk mencetak baucar itu dalam bentuk fizikal dengan bantuan pegawai yang bertugas.



Mereka boleh terus berbuat demikian kali ini.



Cik Low bagaimanapun menarik perhatian beberapa usaha digital termasuk inisiatif pembelajaran menerusi pengalaman yang dilancarkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Pejabat Digital SG (SDO) yang dinamakan 'CDC Vouchers Learning Journey' untuk menyokong dan melengkapi warga emas serta penduduk yang memerlukan dengan kemahiran dan asas pembayaran digital dengan lebih baik.



Hampir 10,000 warga emas dijangka dapat memanfaatkan inisiatif ini di 40 kelab masyarakat di seluruh negara untuk belajar bagaimana untuk menggunakan baucar digital mereka.



Dalam dua minggu pertama inisiatif ini juga, lebih 400 pelajar Raffles Institution dan St. Joseph's Institution akan turun padang di kelab masyarakat tertentu untuk membantu warga emas dan warga yang kurang mahir menggunakan wadah digital untuk belajar bagaimana menggunakan baucar digital CDC mereka.




"Dengan membolehkan baucar itu digunakan di lima rangkaian pasar raya setempat itu sebagai permulaan... kami berharap ini dapat memberi pilihan yang lebih luas dan lebih kemudahan kepada semua keluarga warga Singapura."
- Mayor CDC South West dan Pengerusi Jawatankuasa Mayor, Cik Low Yen Ling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >