Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19: PERUBAHAN LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT DITANGGUH

Langkah selamat bagi kegiatan masjid tidak diubah

Feb 25, 2022 | 05:30 AM



Dengan pengumuman terbaru ini, tiada perubahan pada langkah pengurusan selamat yang seharusnya dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini dan pada 4 Mac nanti.



Ini bermakna garis panduan sedia ada masih akan dikekalkan termasuk bagi semua acara keagamaan.



"Justeru, dengan berat hati kami akan mengekalkan status quo untuk solat berjemaah dan kegiatan di masjid-masjid.



"Kami akan mengekalkan jarak satu meter antara jemaah. Zon-zon dan tanda-tanda jarak selamat juga akan dikekalkan," tambah Encik Kadir.



Kelmarin, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) bersama Program Persediaan Krisis bagi Pertubuhan Keagamaan (CPRO) dalam satu kenyataan bersama berkata langkah jarak selamat tidak lagi menjadi mandatori bagi mereka yang melaksanakan kegiatan keagamaan di tempat-tempat ibadah, namun mereka hanya digalak menjaga jarak.



Menyusuli langkah Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada 16 Februari lalu untuk mempermudahkan peraturan Covid-19 yang dilaksanakan di sini agar ia lebih mudah difahami, terdapat rancangan untuk menaikkan had jumlah hadirin bagi kegiatan agama mulai 4 Mac.



Selain itu, para jemaah juga boleh duduk dan melakukan kegiatan tanpa mematuhi jarak selamat antara setiap jemaah, namun masih perlu memakai pelitup.



Namun, berikutan lonjakan kes harian yang sedang disaksikan kini dan "kerja-kerja meluas" yang terlibat dalam melaksanakan peraturan terperinci bagi pelbagai situasi dan keadaan, MOH dalam kenyataannya semalam berkata, "MTF telah menyemak perkara itu dan memutuskan untuk menyatukan, menyelaraskan dan memperhalusi langkah-langkah pengurusan selamat sekali gus".



Meskipun langkah terbaru ini masih belum dapat dilaksanakan, Encik Kadir berterima kasih kepada masyarakat atas kesabaran mereka yang berterusan dalam hal ini.



"Kami bersyukur kerana masih dapat mengekalkan jumlah jemaah sekarang, dan kemajuan baik yang telah kami capai setakat ini dalam meneruskan kehidupan beragama kami," ujarnya lagi.



Pada awal bulan ini, masjid-masjid di Singapura mula melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) bagi semua khidmat ibadah berjemaah.



Ini bermakna hanya jemaah yang sudah divaksinasi penuh boleh menyertai ibadah berjemaah, sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat berjemaah.



Bagaimanapun, jemaah masih boleh menunaikan ibadah individu di luar waktu solat berjemaah, tidak kira status vaksinasi mereka.




ANTARA LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT YANG DIPERKENALKAN DI MASJID BARU-BARU INI



1 Februari 2022



Masjid-masjid di Singapura mula melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) bagi semua khidmat ibadah berjemaah. Ini bermakna hanya jemaah yang sudah divaksinasi penuh boleh menyertai ibadah berjemaah, sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat berjemaah.



29 Januari 2022



Pejabat Mufti telah mengeluarkan irsyad (panduan) mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk keringanan, atau rukhsah, untuk tidak menunaikan solat Jumaat bagi dua golongan. Dua golongan ini adalah mereka yang sudah lengkap divaksin, namun tidak berjaya menempah slot untuk menunaikan solat Jumaat disebabkan keterbatasan ruang dan individu yang tidak layak menerima vaksin atas sebab kesihatan. Mereka tergolong dalam kumpulan individu yang uzur kerana sakit. Mereka yang belum divaksin disebabkan masalah kesihatan perlu menggantikan solat Jumaat berjemaah dengan solat zuhur demi keselamatan mereka dan juga jemaah lain.



26 November 2021



Sebanyak 20 masjid mula menampung 100 jemaah dalam satu zon. Langkah itu dapat dilakukan ekoran berkurangnya kadar pertumbuhan jangkitan mingguan semasa Fasa Penstabilan. Sebelum ini, masjid menampung sehingga 50 jemaah bagi setiap zon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >