Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 2 juta keping wang kertas $20 peringati 200 tahun S'pura diedar Okt-Nov, kata MAS

Jun 14, 2019 | 08:00 PM



LAGI dua juta keping wang kertas $20 bagi memperingati 200 tahun Singapura akan dikeluarkan bagi memenuhi permintaan awam yang tinggi.





Wang kertas tambahan itu dijangka ditawarkan kepada awam sekitar Oktober hingga November, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat (14 Jun).



 

Sejumlah dua juga keping wang kertas $20 yang dicetak bagi memperingati 200 tahun Singapura diambil awam dari bank dalam tempoh selang seminggu ia dilancarkan, kata MAS.

Pihak awam boleh memperoleh wang kertas itu dengan cara menukarnya dengan wang kertas sama nilai.





Wang kertas itu dilancarkan pada 5 Jun dan mula ditawarkan kepada awam di cawangan sembilan bank runcit utama pada Isnin.





Setiap individu dibenarkan menukar sehingga 20 keping wang kertas dalam setiap urus niaga.

Permintaan bagi wang kertas khas itu tinggi, dengan orang ramai dilihat beratur panjang di bank-bank serata negara.





Pada Isnin, lima bank memberitahu The Straits Times bahawa sekurang-kurangnya 40 peratus stok keseluruhan wang kertas itu telah kehabisan.





Wang kertas itu juga disenaraikan di wadah jualan dalam talian, pada harga yang tinggi. Malah, ada penjual yang meminta bayaran sehingga $1,688 bagi lima keping wang kertas $20 itu.





Menurut MAS, ia akan memberitahu awam tarikh wang kertas baru itu boleh diperolehi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >