Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SURAT TERBUKA KETUA EKSEKUTIF ESA MASOOD KEPADA RAKAN KONGSI MUIS

Krisis dorong bangkit berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih baik

Jul 11, 2021 | 05:30 AM



"DI Seminar Pelan Kerja Muis yang diadakan pada di penghujung bulan Ramadan lalu, kami berkongsi bagaimana kita sama-sama boleh bertambah kukuh setelah melalui krisis yang kita sedang hadapi ini.



Kami juga berkongsi bagaimana Muis akan terus mempertingkatkan sokongan untuk golongan asatizah serta memperkukuhkan institusi agama kita.



Sudah pasti semua ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan sumbangan anda.



Di sini saya ingin pula memberi penerangan terkini mengenai usaha kami untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran Muis, masjid-masjid dan madrasah kita.



Di dalam masa-masa yang rumit dan mencabar ini, kita harus terus melindungi dan meneguhkan lagi institusi-institusi agama kita agar dapat terus berkhidmat kepada masyarakat.



Untuk ini, kita mesti terus menegakkan tahap tertinggi integriti dalam tadbir urus, tanpa sebarang ruang untuk apa jua bentuk penipuan atau rasuah.



Sebagai sebuah badan berkanun, Muis diwajibkan menerapkan prosedur tatakelola kewangan dan sumber daya manusia yang kukuh.



Setiap tahun, kami diperiksa oleh juruaudit luar, dan mengemukakan penyata kewangan kami kepada Parlimen, serta menyiarkannya untuk pemeriksaan masyarakat di laman web kami.



Kami juga mempunyai rancangan pemeriksaan audit dalaman yang sistematik, dan sebuah Jawatankuasa Audit yang dipengerusikan oleh anggota Majlis Muis untuk meneliti dapatan pemeriksaan tersebut.



Sebagai sebuah institusi awam, Muis juga menjalani audit oleh Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).



Alhamdulillah, tiada bukti atau dapatan penipuan yang ditemui di dalam audit terakhir pada tahun 2018.



Walau bagaimanapun, AGO mendapati bahawa terdapat beberapa pembaikan yang boleh dibuat dalam beberapa prosedur, lantas kami telah membuat pembetulan pada prosedur-prosedur kami.



Saya sendiri memimpin sebuah Kumpulan Kerja demi mengukuhkan proses-proses pentadbiran Muis, dan kami sedang dalam proses menangani dengan sepenuhnya semua pemerhatian yang ditimbulkan AGO sebelum akhir tahun ini.



Di bawah Amla, masjid-masjid di Singapura berada di bawah naungan Muis.



Rakan-rakan saya bekerja rapat dengan sukarelawan dan lembaga pengurusan masjid-masjid kita untuk terus memperkukuhkan tadbir urus kewangan masjid.



Masjid diwajibkan menjalani audit dan memaparkan penyata kewangan mereka yang diaudit.



Alhamdullilah, tadbir urus kewangan masjid-masjid kita juga menunjukkan kemajuan yang membanggakan selama beberapa dekad.



Pada tahun 2015, 77% masjid kita mempunyai penyata kewangan yang bersih.



Peratusan ini meningkat kepada 99% pada tahun 2019, dengan hanya satu masjid yang menerima pemerhatian dalam pernyataan kewangan.



Pada awal tahun 2019, saya sendiri mencabar para pemimpin masjid untuk bekerjasama memastikan semua masjid mempunyai penyata kewangan yang telus dan bersih dalam masa tiga tahun.



Melihat kepada kemajuan kita setakat ini, saya yakin berkat para pemimpin yang berdedikasi di masjid-masjid kita, kita akan dapat mencapai sasaran ini.



Kami juga bertungkus lumus memperkukuhkan tadbir urus kewangan madrasah, dan di sini kita telah sama-sama meraih banyak peningkatan.



Melalui Sistem Madrasah Bersama (JMS), Muis memastikan bahawa akaun madrasah JMS diaudit setiap tahun.



Muis juga membantu Madrasah Wak Tanjong memperkukuh proses tadbir urus kewangan dan audit tahunan melalui Pakej Bantuan Komprehensif pada tahun 2018.



Namun, walaupun dengan sistem dan proses yang baik, ada kalanya berlaku kesilapan dan kekurangan.



Ini akan berlaku sekiranya terdapat kekurangan integriti pada para pegawai yang mengendalikan sistem ini. Oleh itu, sebagai institusi awam, kita amat menitikberatkan tahap integriti yang paling tinggi bagi semua para pegawai kami.



Kami juga menekankan pentingnya nilai integriti serta paiawaian yang sama pada pemimpin sukarelawan masjid kami ketika mereka dilantik untuk menjalankan tugas mereka.



Kami amat mengambil berat jika berlaku kesilapan, demi memastikan fakta dan melaksanakan tinjakan lanjutan yang adil dan tidak berat sebelah, untuk memperbaikinya.



Kami juga tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lebih lanjut, di mana perlu.



Sebagai institusi awam yang ditubuhkan untuk masyarakat Islam Singapura, dan terdiri dari anggota masyarakat sendiri, kami akan terus berkidmat untuk masyarakat dengan sebaik mungkin.



Krisis Covid-19 ini mendorong kami untuk bermuhasabah dan melihat bagaimana kita dapat terus berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di tengah-tengah perubahan, termasuk memeriksa kembali dan megemaskinikan sistem dan proses kami.



Ini mendorong kami untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan serta pendekatan masyarakat Islam Singapura. Kami juga berusaha untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan pihak berkepentingan kami seperti anda sendiri.



Matlamat utama kami adalah untuk sama-sama bekerjasama dengan para pemimpin, kakitangan dan sukarelawan kami di masjid-masjid dan madrasah-madrasah kita untuk memperkasa dan meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap kami, serta memenuhi keperluan masyarakat Islam di Singapura.



Dari krisis ini,kita mesti bangkit bersama-sama dengan lebih kukuh dan bersemangat.



Ini adalah Amanah kami kepada diri kami sendiri, masyarakat kita dan akhirnya kepada Pencipta kita.



Semoga Dia membimbing kita semua dalam usaha ikhlas ini.



Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Terima kasih juga kerana bersama kami dalam membangunkan komuniti Muslim yang berjaya, yang memberi inspirasi, serta berkongsi keberkatan dan rahmah kepada semua."




"Matlamat utama kami adalah untuk sama-sama bekerjasama dengan para pemimpin, kakitangan dan sukarelawan kami di masjid-masjid dan madrasah-madrasah kita untuk memperkasa dan meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap kami, serta memenuhi keperluan masyarakat Islam di Singapura. Dari krisis ini, kita mesti bangkit bersama-sama dengan lebih kukuh dan bersemangat. Ini adalah Amanah kami kepada diri kami sendiri, masyarakat kita dan akhirnya kepada Pencipta kita.

Semoga Dia membimbing kita semua dalam usaha ikhlas ini."

- Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >