Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat untuk masyarakat ibarat khidmat kepada keluarga sendiri

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



BERKHIDMAT untuk masyarakat serupa dengan khidmat yang diberi kepada keluarga sendiri, kata pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Ali Mohamed.



Mantan pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Khadijah berusia 74 tahun itu berkata Islam menggalakkan agar kita menjadi individu yang memberi manfaat kepada yang lain dan cara yang terbaik adalah membawa manfaat kepada masyarakat menerusi kerja sukarela.



"Nasihat saya kepada generasi yang meneruskan perjuangan ini ialah agar mereka memberikan yang terbaik dan bersungguh-sungguh membangunkan masyarakat.



"Masyarakat merupakan sebahagian daripada keluarga kita yang besar di Singapura.



"Kita tidak dapat lari dari kehidupan bermasyarakat.



"Berkhidmat untuk masyarakat adalah seperti berkhidmat untuk keluarga kita sendiri," ujarnya.



Memberitahu Berita Harian semalam, Ustaz Ali yang bakal melepaskan jawatan sebagai pengerusi bersama RRG 1 September berkata kerja sukarela memberinya motivasi dan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat.



Dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) semalam, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, telah mengumumkan persaraan Ustaz Ali sebagai pengerusi bersama RRG, jawatan yang dipegangnya sejak 2003.



Selepas persaraan daripada jawatannya itu, Ustaz Ali akan terus menyumbang pengalamannya sebagai Presiden Emeritus RRG.



RRG ditubuhkan dengan terajunya dipegang oleh Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), sebagai pengerusi bersama.



Antara yang terlibat sama dalam penubuhan RRG ialah Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad serta Allahyarham Ustaz Syed Ahmad Muhammad Semait.



"Pada tahun 2003, saya dan beberapa asatizah lain mengusahakan penubuhan RRG untuk membetulkan fahaman agama yang salah yang telah difahami oleh para tahanan Jemaah Islamiyah (JI).



"Selain daripada kaunseling keagamaan untuk para tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), RRG juga giat mengadakan program untuk mendekati dan membimbing masyarakat setempat tentang bahayanya fahaman radikal dan pengganasan," kata Ustaz Ali, yang telah menjadi pengerusi Masjid Khadijah sejak 1992.




PERPADUAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM GENTING



Dalam dunia yang kian tidak menentu dan semakin kompleks ini, daya tahan dan perpaduan masyarakat kita akan menjadi semakin genting. Sebuah masyarakat Melayu/Islam yang teguh dan berdaya tahan, akan sekali gus membentuk sebuah Singapura yang lebih teguh dan lebih berdaya tahan. Saya gembira kerana dekad demi dekad masyarakat Melayu/Islam Singapura semakin maju dari segi sosioekonomi, dapat mengukir identitinya yang tersendiri, penuh keyakinan, dan bersenyawa dengan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
– Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >