Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: 'Saya akan lakukan yang terbaik" untuk SPH Media

May 13, 2021 | 05:30 AM



BELIAU akur bukan seorang pakar dalam bidang media tetapi bakal pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata beliau percaya dapat menambah nilai kepada entiti baru itu.



"Saya ada sesuatu yang berguna untuk saya kongsikan kepada CLG (syarikat berhad dengan jaminan) dan saya akan pastikan saya lakukan apa yang boleh saya laksanakan.



"Saya rasa sumbangan utama dan yang paling ketara ialah jika saya dapat membantu SPH merenungkan dan menyusun semula produk SPH untuk membantu merealisasikan potensi lebih besar mereka selain menjadikan jenama media SPH lebih baik," katanya.



Semasa sidang media itu juga, Encik Khaw ditanya wartawan tentang rasa bimbang yang telah beliau suarakan sebelum itu apabila menerima tanggungjawab memegang peranan baru itu.



Menurutnya, memandangkan beliau bukan seorang pakar media, secara tidak langsung, beliau berasa bimbang menyandang jawatan baru itu.



"Jika anda menyuruh saya membuat projek jagaan kesihatan dan jika saya mempunyai minat dan masa, saya akan laksanakannya dengan penuh keyakinan kerana saya tahu apa yang saya lakukan.



"Namun kebimbangan terbesar saya ialah apa yang boleh saya lakukan untuk membantu anda.



"Saya ke sini untuk membantu SPH Media, dan jika saya tidak dapat membuat sebarang perubahan, maka ia merupakan satu masa yang sia-sia, atau seperti apa yang dikatakan seseorang, peluang yang terlepas," ujarnya.



Namun beliau menambah, keyakinan yang diberikan beberapa kakitangan SPH sepanjang pertemuan beliau dengan mereka bahawa beliau mampu membuat perubahan, memberinya keyakinan untuk menggalas tanggungjawab itu.



"Saya akan melakukan yang terbaik," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >