Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: WAWANCARA BERSAMA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy: Langkah henti eksport ayam bukan keputusan mudah

Ia diperlukan kerana situasi yang sukar pada ketika ini
Jun 03, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH menghentikan eksport ayam oleh Malaysia bukan satu keputusan yang mudah tetapi diperlukan disebabkan situasi yang sukar pada ketika ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin.



Namun, beliau berharap situasi ini sementara sahaja.



"Kami menghargai hubungan dua hala kita dengan Singapura.



"Ini bukan keputusan yang mudah bagi kami.



"Oleh itu, kami berharap ia sementara sahaja hingga situasi harga dan bekalan menjadi lebih stabil," ujarnya sambil menambah, beliau berharap langkah itu tidak akan berlanjutan hingga beberapa bulan.



Encik Khairy berkata demikian dalam satu wawancara dengan media di Four Seasons Hotel di Orchard semalam.



Larangan eksport itu, yang bermula kelmarin, telah menyebabkan kekurangan ayam segar di Singapura, yang bergantung pada Malaysia bagi satu pertiga bekalan ayamnya.



Minggu lalu, Malaysia mengumumkan akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai Jun sehingga pengeluaran dan harga menjadi stabil.



Encik Khairy, yang sedang melawat Singapura dari Selasa lalu hingga hari ini sebagai Zamil Pertukaran Lee Kuan Yew (LKYEF), berkata isu rantaian bekalan telah menjejas bekalan makanan ayam, manakala isu perubahan iklim pula telah menjejas masa yang diambil untuk menghasilkan ayam.



Ini telah menyebabkan kekurangan ayam dan harga ayam yang melonjak tinggi di Malaysia.



"Sementara negara pastinya akan berusaha menjamin keperluan makanan mereka, kami juga akur akan tanggungjawab kami sebagai pengeksport kepada negara jiran kami, termasuk Singapura," ujarnya.



Encik Khairy juga berkata keadaan kian bertambah baik, dengan Malaysia sedang bekerja rapat dengan pengeluar ayam di negara itu untuk menambah jumlah ayam yang dihasilkan, serta meninjau makanan ayam alternatif untuk memastikan terdapat bekalan makanan yang dimampui bagi ayam.



"Selepas perkara ini dapat diatasi, dan kami berharap ia dapat diatasi dengan cepat, tentunya kami berharap dapat kembali mengeksport ayam, termasuk ke Singapura," kata beliau.



Malaysia berkata semalam mereka akan mengakhiri kawalan harga bagi ayam dan telur menjelang bulan depan dan membiarkan harganya ditetapkan oleh kuasa pasaran.



Langkah ini dijangka meningkatkan bekalan dan mungkin membolehkan larangan eksport ayam itu ditarik balik.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memberitahu The Straits Times bahawa langkah ini sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa subsidi ayam akan disalurkan daripada peladang kepada orang awam, khususnya isi rumah berpendapatan rendah yang membentuk isi rumah dengan pendapatan 40 peratus terendah di negara itu.



Dalam lawatannya ke Singapura itu, Encik Khairy telah bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta beberapa menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau juga berucap di Persidangan Asia Tech x Singapore (ATxSG) anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) tentang usaha memikirkan semula penjagaan kesihatan dalam landskap digital Selasa lalu.



Dalam wawancaranya bersama media semalam, Encik Khairy turut bercakap tentang usaha Singapura dan Malaysia menangani Covid-19, teknologi dalam penjagaan kesihatan, keprihatinan berkaitan kesihatan lain serta pilihan raya umum Malaysia akan datang.



Baca laporan lanjut temu ramah Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin Isnin ini di BH




"Sementara negara pastinya akan berusaha menjamin keperluan makanan mereka, kami juga akur akan tanggungjawab kami sebagai pengeksport kepada negara jiran kami, termasuk Singapura.

Selepas perkara ini dapat diatasi, dan kami berharap ia dapat diatasi dengan cepat, tentunya kami berharap dapat kembali mengeksport ayam, termasuk ke Singapura."

- Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, menjelaskan tentang situasi berhubung larangan eksport ayam oleh Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >