Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan varian Omicron terhadap industri penerbangan belum dapat dilihat

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan Emirates berkata kemunculan varian Omicron masih dalam tahap awal, dan kesan penuhnya terhadap industri perjalanan belum lagi dilihat.



Syarikat itu, yang terjejas dengan pengumuman penangguhan skim VTL bersama UAE, berkata ia akan terus bekerja rapat dengan pemerintah Singapura, dan mengikuti protokol yang dilaksanakan di negara-negara destinasi mereka.



"Emirates terus bekerja rapat dengan pemerintah Singapura dan pihak berkuasa relevan serta pihak berkepentingan di setiap destinasi dalam rangkaian globalnya demi memastikan perjalanan yang selamat, selesa dan mudah bagi pelanggan.



"Emirates mematuhi panduan dan protokol seperti yang dimandatkan oleh negara-negara di mana kami beroperasi," kata syarikat itu.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Encik Riad Asmat, berkata penerbangan syarikatnya terus popular dalam semua pasaran utama mereka sejajar dengan musim cuti Disember dan Januari ini, termasuk khidmat VTL antara Singapura dengan Kuala Lumpur.



"Syarikat penerbangan kami tidak melihat sebarang kesan besar daripada kemunculan varian baru Covid-19. Sejumlah pihak berkuasa kesihatan dunia baru-baru ini telah menyatakan dalam laporan awal bahawa varian Omicron kurang teruk dan vaksin sedia ada sangat berkesan," kata beliau, sambil menambah bahawa keselamatan tetamu dan kakitangan mereka adalah satu keutamaan.



Jurucakap Jetstar Asia pula berkata bahawa operasi syarikat itu tidak terjejas dengan varian baru tersebut, namun mengingatkan pelanggan bahawa terdapat beberapa negara yang telah mengumumkan langkah sempadan berjaga-jaga tambahan sebagai respons terhadap varian Omicron.



Oleh itu, ia menggalak pelanggan memeriksa sekali lagi syarat kemasukan dan keberangkatan destinasi mereka.



Syarikat Singapore Airlines (SIA) pula sedang memantau situasi varian baru itu dan akan mengikuti panduan pihak berkuasa relevan, dan akan membuat penyesuaian kepada perkhidmatan mereka jika perlu, kata jurucakapnya.



Syarikat itu melaksanakan langkah kesihatan dan keselamatan menyeluruh sebagai sebahagian keutamaan mereka dalam menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan.



Ini seperti protokol pembersihan dan penyahjangkitan kabin pesawat sebelum penerbangan, memberi pelanggan kit penjagaan merangkumi pelitup, kain lap permukaan pembasmi kuman dan sanitiser tangan, dan menggunakan teknologi digital untuk mengurangkan kontak langsung.




"Syarikat penerbangan kami tidak melihat sebarang kesan besar daripada kemunculan varian baru Covid-19. Sejumlah pihak berkuasa kesihatan dunia baru-baru ini telah menyatakan dalam laporan awal bahawa varian Omicron kurang teruk dan vaksin sedia ada sangat berkesan."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Encik Riad Asmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >