Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerosakan elektrik punca kebakaran di Henderson Road

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



KEBAKARAN di sebuah flat di Blok 91 Henderson Road dipercayai berpunca daripada kerosakan elektrik di bilik tidur, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) malam tadi.



Menurut mereka, siasatan awal mendapati kebakaran yang melibatkan barangan di flat dua bilik di tingkat empat itu berjaya dipadamkan oleh unit SCDF menggunakan dua jet air.



SCDF menggesa orang ramai untuk memastikan kediaman mereka selamat daripada kebakaran elektrik dengan nasihat untuk lebih berwaspada.



Antaranya, jangan membebankan alur keluar elektrik dengan peralatan elektrik, sentiasa matikan peralatan apabila ia tidak digunakan, periksa keadaan wayar dengan kerap.



Selain itu, orang awam juga dinasihati mengganti atau membaiki wayar yang terkoyak atau kord retak, dan elak meletakkan wayar di bawah permaidani atau tikar dan jauhkan wayar daripada permukaan panas.



SCDF juga menasihati orang awam menggunakan perkakas dan palam elektrik yang mempunyai tanda keselamatan.



Terdapat 33 kategori peralatan dan aksesori elektrik, elektronik dan gas isi rumah yang diuji mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan dan dilekatkan dengan tanda keselamatan sebelum boleh dijual di Singapura.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, sila lungsuri http://www.consumerproductsafety.gov.sg.



Maklumat lanjut tentang keselamatan kebakaran boleh didapati dari muka surat 24 hingga 43 Buku Panduan Kecemasan Pertahanan Awam dan bahan pendidikan awam di laman web kami di www.scdf.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >