Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan 4G bentang pelan menyeluruh bawa warga maju bersama

DPM Wong berkata Laporan Melakar Hala Tuju S’pura perlu anjakan minda supaya S’pura capai matlamat yang ditetapkan
Oct 27, 2023 | 02:58 PM



Satu peta perjalanan ke arah Singapura yang lebih saksama dan berkembang maju telah dikemukakan kepimpinan generasi keempat (4G) bagi menjadikan negara ini kekal bersatu pada tahun-tahun mendatang.

Ini termasuk bantuan yang lebih besar bagi golongan seperti mereka yang kurang berkemampuan, pekerja pertengahan kerjaya dan warga emas, termasuk melalui sokongan kewangan tambahan dan infrastruktur yang lebih baik.

Terdapat lebih banyak jaminan bahawa keperluan asas rakyat Singapura pada setiap peringkat kehidupan akan dipenuhi, seperti dalam pendidikan, persaraan, penjagaan kesihatan dan perumahan. 

Laporan Melakar Hala Tuju Singapura setebal 180 muka surat yang dilancarkan pada Jumaat juga menyatakan anjakan minda yang diperlukan bagi Singapura mencapai matlamat yang ditetapkan, seperti bagi definisi kejayaan yang lebih luas dan rasa tanggungjawab kolektif yang lebih kuat antara satu sama lain.

Laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward SG dilancarkan pada Jumaat oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.


Laporan tersebut menyatakan bagaimana pemerintah akan bekerjasama dengan warga Singapura untuk menyegarkan semula kompak sosial kami bagi masa hadapan.

Syor dan anjakan dasar utama yang dikongsi dalam laporan itu dibina berdasarkan cadangan daripada 200,000 warga Singapura dan pihak berkepentingan semasa sesi penglibatan Melakar Hala Tuju Singapura sepanjang 16 bulan.

Berkongsi Impian Singapura yang baru ini dalam ucapannya ketika melancarkan Laporan dan Festival Melakar Hala Tuju Singapura, Encik Wong berkata, daripada sesi pendekatan yang dijalankan, warga Singapura tidak lagi menganggap ‘5C’ sebagai impian yang ingin dicapai.

‘5C’ merujuk kepada kondo, kereta, wang tunai, kad kredit dan keahlian kelab.

“Hari ini kita tidak lagi berbual sangat tentang 5C. Kita masih mahukan kehidupan yang baik – ada kebimbangan tentang isu-isu seharian seperti perumahan dan kos sara hidup yang masih diberi tumpuan oleh pemerintah dan sedang ditangani. Namun, dari pendekatan kami, agak jelas bahawa Impian Singapura melampaui kejayaan kebendaan – ia juga tentang kepuasan, makna dan tujuan dalam apa sahaja yang kita lakukan,” kata Encik Wong.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata berdasarkan pendekatan dan perbualan yang diadakan dengan 200,000 warga Singapura sepanjang latihan Melakar Hala Tuju Singapura, Impian Singapura mempunyai ciri-ciri bertenaga dan inklusif; adil dan berkembang maju; serta berdaya tahan dan bersatu padu.


“Kita mahu memastikan terdapat peluang berterusan bagi warga Singapura mendapatkan kerja yang bagus dan menikmati taraf kehidupan lebih baik. Peluang-peluang ini bukan bagi segelintir orang sahaja dan tentunya tidak terhad kepada mereka yang memiliki sarjana universiti atau mereka yang cocok dengan pandangan konvensional tertentu.

“Kita mahukan peluang saksama bagi semua warga Singapura tidak kira latar belakang atau laluan pendidikan mahupun pilihan kerjaya mereka,” kata Encik Wong.

Impian Singapura juga mempunyai ciri keadilan dan berkembang maju.

Akur bahawa warga Singapura berdepan dengan tekanan setiap hari, Encik Wong berkata, “kita mahu menjadi sebuah masyarakat di mana setiap warga boleh lebih yakin tentang keperluan asas mereka, melalui setiap peringkat kehidupan”.

Perubahan diperlukan untuk mencapai impian ini, katanya. Ini agar persekitaran di sini lebih kondusif bagi semua keluarga, tidak kira sama ada mereka yang mempunyai anak kecil atau warga emas untuk dijaga atau mereka yang perlu menjaga individu berkeperluan khas.

“Kami telah memikirkan beberapa langkah dasar untuk menangani isu ini. Ia akan memerlukan lebih banyak sumber dan perbelanjaan pemerintah; dan kita perlu merangka dasar dan melaksanakannya dengan berhati-hati, dengan lebih banyak bantuan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan,” ujar beliau.

Ketiga, Impian Singapura mestilah memiliki ciri berdaya tahan dan bersatu padu “kerana tidak mungkin pemerintah melakukan semuanya sendiri melalui perubahan dasar dan tidak mungkin individu boleh berjaya hanya disebabkan usahanya sendiri semata-mata”.

“Kita harus melihat bukan sahaja kejayaan kita sendiri, tetapi juga kejayaan orang lain. Mereka yang telah berjaya harus buat lebih banyak untuk meningkatkan mereka yang kurang beruntung,” jelas Encik Wong.


“Kesimpulannya ialah kita lebih kuat apabila kita bekerjasama dan kita benar-benar mencapai kejayaan hanya apabila kita berjaya bersama sebagai satu masyarakat dan sebagai sebuah negara,” tambahnya.


Sebelum menyampaikan ucapannya itu, satu sidang media telah diadakan yang dihadiri Encik Wong bersama beberapa menteri lain yang terlibat sama dalam latihan Melakar Hala Tuju Singapura.

Semasa sidang media tersebut, Encik Wong menjelaskan Laporan Melakar Hala Tuju Singapura setebal 180 muka surat itu bukan agenda pemerintah yang menggunakan cara ‘top down’ atau yang dipacu pemerintah.

Sebaliknya, ia merupakan kesepakatan yang dikongsi bersama dalam kalangan warga Singapura merentasi pelbagai laluan kehidupan dan mencerminkan aspirasi kolektif serta wawasan bersama rakyat negara ini bagi masa depan negara.


Laporan lanjut di Muka 4-7




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >