Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19

Kenaikan kes Covid-19 di dunia sebab laluan hijau tiga negara digantung

MFA: Laluan M'sia, Jerman dan Korea S digantung selama tiga bulan mulai esok
Jan 31, 2021 | 05:30 AM



KENAIKAN semula kes Covid-19 di serata dunia mendorong pemerintah menggantung aturan laluan hijau timbal balik (RGL) bersama Jerman, Malaysia dan Korea Selatan.



Ia akan digantung selama tiga bulan mulai esok, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MFA berkata: "Pemerintah Singapura secara kerap mengkaji semula langkah sempadannya untuk mengawal risiko pengimportan dan seterusnya jangkitan Covid-19 dalam masyarakat tempatan daripada pengunjung.



"Memandangkan kenaikan semula kes Covid-19 di serata dunia, pemerintah Singapura akan menggantung aturan laluan hijau timbal balik bersama Jerman, Malaysia dan Republik Korea, untuk tempoh tiga bulan mulai Isnin, 1 Februari 2021, jam 0001.



"Pemerintah Singapura akan mengkaji semula aturan laluan hijau timbal balik itu pada hujung tempoh penggantungan. Pengunjung yang sudah mendapat kelulusan memasuki Singapura di bawah aturan itu boleh terus berbuat demikian."



MFA menambah bahawa pemerintah Singapura akan terus memantau keadaan global dan menyesuaikan langkah sempadan bagi mengawal risiko pengimportan dan jangkitan dalam masyarakat.



"Sebarang perubahan pada langkah sempadan akan dikemas kini di laman web SafeTravel. Pengunjung dinasihati melayari laman web untuk memeriksa langkah sempadan terkini," katanya.



Singapura setuju mengadakan laluan hijau bersama Jerman pada Oktober tahun lalu.



Laluan hijau bersama Malaysia dan Korea Selatan masing-masing mula beroperasi Ogos dan September tahun lalu.



Singapura masih menjalankan skim RGL bersama Brunei dan beberapa kota di China - Chongqing, Guangdong, Jiangsu, Shanghai, Tianjin dan Zhejiang.



Sebelum ini, Singapura menggantung aturan RGL bersama Indonesia dan Jepun buln lalu, apabila Indonesia mengumumkan larangan sementara terhadap kemasukan warga asing dan Jepun pula terhadap warga asing bukan penduduk.



Memandangkan sifat timbal balik aturan itu, pengunjung dari Indonesia dan Jepun tidak dibenarkan memohon kebenaran melakukan perjalanan ke sini di bawah RGL.



Aturan RGL membolehkan penduduk di negara skim itu melakukan perjalanan jangka pendek bagi tujuan perniagaan dan rasmi penting di Singapura sehingga 14 hari.



Pengunjung harus diuji negatif bagi Covid-19 sebelum melakukan perjalanan dan menjalani satu lagi ujian sejurus tiba di sini.



Mereka harus kekal mengasingkan diri hingga keputusan ujian itu dikeluarkan dan perlu mengikuti jadual perjalanan terkawal sepanjang lawatan mereka di sini.



Selain laluan hijau, Singapura mempunyai satu lagi skim perjalanan rentas sempadan, Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bersama Malaysia.



Di bawah PCA, pengunjung yang diluluskan harus tinggal di negara pekerjaan mereka sekurang-kurangnya 90 hari sebelum pulang ke negara asal bagi cuti jangka pendek.



Skim ini dibuka kepada warga Malaysia yang menjadi Penduduk Tetap (PR) Singapura dan bekerja di sini dan warga serta PR dua negara itu yang memegang pas imigresen jangka panjang di negara yng satu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >