Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Kenaikan cukai setem tambahan bertujuan redakan permintaan pelaburan dalam rumah privet: Pengamat

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



LANGKAH meredakan pasaran hartanah terkini bertujuan menyederhanakan permintaan pelaburan untuk rumah privet di negara ini, kata para pengamat.



Dengan bekalan rumah yang bertambah, langkah ini juga akan meredakan pasaran perumahan yang ketat untuk mereka yang mahu memiliki dan menyewa rumah.



Pada Rabu, pemerintah mengumumkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) untuk warga asing yang membeli sebarang hartanah perumahan akan dinaikkan kepada 60 peratus daripada 30 peratus, iaitu kadar kenaikan tertinggi.



Warga Singapura yang membeli hartanah kedua kini membayar 20 peratus ABSD, berbanding 17 peratus sebelumnya dan 30 peratus, berbanding 25 peratus, bagi hartanah ketiga dan seterusnya.



Kadar ABSD bagi penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kedua dinaikkan kepada 30 peratus berbanding 25 peratus manakala 35 peratus berbanding 30 peratus bagi hartanah ketiga dan seterusnya.



Berkongsi pengamatannya, Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata langkah lebih ketat ini membayangkan tekad pemerintah untuk memastikan pasaran perumahan privet yang lebih mapan dengan menyederhanakan permintaan perlindungan.



"Di samping itu, langkah ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) Singapura yang mahu membeli rumah mereka yang pertama, dalam usaha untuk memastikan harga rumah kekal dimampui bagi kumpulan pembeli ini dan harga tidak didorong berlebihan oleh mereka yang mahu melabur atau membeli secara spekulatif.



"Kesan pusingan langkah terkini tidak akan dirasakan oleh semua golongan, dengan pembeli warga asing, khususnya, merasakan kesan terbesar," jelas beliau.



Ekoran kadar ABSD jauh lebih tinggi, Encik Ismail berpendapat ramai pembeli luar negara akan meneliti semula pilihan mereka.



Namun memandangkan golongan warga asing menyumbang kepada jumlah yang kecil daripada penjualan rumah privet di Singapura - sekitar 4.4 peratus pada 2022 - makanya, kesan daripada permintaan warga asing yang berkurangan tidak akan menjejas pasaran keseluruhan, tambah beliau.



"Memandangkan rakyat tempatan dan PR masih menguasai penjualan rumah, kami menjangkakan pelancaran baru akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan pihak pemaju akan lebih sensitif dalam meletakkan harga, sambil mengambil kira bebanan kos dan keadaan pasaran sekarang," ujar Encik Ismail.



Melahirkan pandangan serupa, Ketua Kajian dan Perundingan Edmund Tie, Encik Lam Chern Woon, berkata langkah terkini tentunya akan menyekat permintaan pelaburan, yang menyumbang kepada 10 peratus daripada urus niaga hartanah pada 2022.



"Impak negatif ke atas permintaan akan lebih dirasakan bagi rumah-rumah dalam segmen utama yang secara tradisionalnya, lebih menarik minat warga asing.



"Permintaan pelaburan oleh warga Singapura dan PR juga akan lebih sederhana pada satu peringkat," terang beliau.



Salah satu sebab yang mendorong kenaikan ABSD lebih tinggi bagi warga asing ialah kehadiran pembeli asing seperti dari China yang kembali rancak, kata Ketua Pegawai Utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim.



Berdasarkan perangkaan dan kajian ERA, jumlah pembeli dari China telah meningkat untuk semua segmen kawasan bagi projek rumah baru dan jualan semula dalam tempoh Singapura melangkah keluar dari pandemik Covid-19.



Misalnya, pada suku pertama 2023, pembeli dari China membeli 294 unit berbanding 290 unit pada suku keempat 2022.



Menurut para pengamat, langkah terkini yang menyekat permintaan akan memberi masa untuk bekalan rumah baru disiapkan dalam masa enam bulan mendatang ini.



"Langkah lebih ketat kali ini akan memberi masa untuk lebih banyak rumah disiapkan dan bekalan rumah akan dapat bertambah dan mengikut permintaan.



"Apabila terdapat keseimbangan pasaran yang lebih baik, makanya harga akan lebih stabil. Ini akan memanfaatkan pembeli kali pertama dan pemilik rumah HDB yang mahu berpindah ke rumah privet pertama mereka," kata Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Kajian dan Analitik, OrangeTee & Tie Pte Ltd.




KADAR ABSD BARU



  • Warga Singapura

- hartanah kediaman kedua: 20% sekarang, berbanding 17% sebelum ini



- hartanah kediaman ketiga dan seterusnya: 30% sekarang, berbanding 25% sebelum ini



  • Penduduk tetap

- hartanah kediaman kedua: 30% sekarang, berbanding 25%



- hartanah kediaman ketiga dan seterusnya: 35% sekarang, berbanding 30% sebelum ini



  • Warga asing

- tidak kira hartanah kediaman ke berapa: 60% sekarang, berbanding 30% sebelum ini



  • Entiti/Pengamanah

- tidak kira hartanah kediaman ke berapa: 65% sekarang, berbanding 35% sebelum ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >