Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga, relawan Projek Dian sertai Hari Keluarga M3@Bedok

Jun 24, 2023 | 07:18 PM



Sebagai sebahagian usaha mempertingkat keluarga berpendatan rendah yang tinggal di flat sewa dan pada masa yang sama menyediakan mereka wadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, Projek Dian oleh M3@Bedok telah menganjurkan sebuah acara keluarga pada Sabtu.


Seramai 25 individu daripada keluarga berpendapatan rendah serta 25 relawan telah berkumpul di Splash @ Kidz Amaze di Safra Punggol untuk menyertai pelbagai kegiatan air.

Kegiatan itu juga membolehkan relawan berhubung dengan keluarga yang dibantu mereka, serta memastikan kesejahteraan keluarga tersebut.

Ini merupakan kali kedua M3@Bedok menganjurkan acara sebegitu, supaya mereka dapat mengenal pasti sebarang jurang dan terus menyokong keluarga yang dibantu mereka, termasuk dari segi pendapatan keluarga, sekitaran rumah, kesihatan serta pendidikan anak.


Acara pada Sabtu itu disokong Splash @ Kidz Amaze, syarikat pengangkutan WTS, Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang turut menyertai acara keluarga itu berbesar hati melihat duta Projek Dian secara proaktif, menganjurkan aktiviti sedemikian, supaya dapat mengeratkan hubungan bersama keluarga di bawah Projek Dian@Bedok.

“Senyuman yang terukir di wajah ibu bapa dan anak-anak kecil menunjukkan betapa seronoknya mereka meneroka aspek taman air itu dan mempelajari perkara baru.

“Kegiatan seperti itu memberi peluang kepada keluarga di bawah Projek Dian untuk juga mempelajari tip menarik daripada duta Projek Dian dalam memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar menerusi permainan dan kegiatan luar,” ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap lebih ramai individu akan terdorong untuk tampil menjadi relawan bersama Projek Dian.

Menurut M3@Bedok, acara ini merupakan antara kegiatan yang dijalankan duta Projek Dian, sedang mereka mendampingi keluarga dalam usaha memiliki rumah, meraih sokongan bagi pendidikan kanak-kanak, serta memberi anak mereka peluang menceburi minat lain seperti muzik, seni dan sebagainya.


Projek Dian telah dilancarkan pada Disember 2021, dan antara lain memberi tumpuan kepada warga emas yang tinggal sendiri, pasangan ibu bapa pertengahan umur yang mempunyai anak dewasa, keluarga berbilang generasi serta keluarga muda yang mempunyai anak-anak kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >